Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Finland mulakan usaha sertai Nato tanpa Sweden

Mar 02, 2023 | 05:30 AM



HELSINKI: Pemerintah Finland pada Selasa memulakan perbahasan Parlimen yang bertujuan mempercepat langkah negara itu menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), sekali gus meningkatkan kemungkinan ia akan meninggalkan jiran dan rakan tentera, Sweden, dalam mencapai matlamatnya.



Finland, yang mempunyai salah satu sempadan terpanjang di Eropah dengan Russia dan Sweden telah menggugurkan dasar ketidakselarasan ketenteraan selama beberapa dekad mereka dan memohon bagi menyertai pakatan itu pada Mei 2022 selepas pencerobohan Ukraine.



Namun, menghadapi lebih sedikit halangan diplomatik berbanding Stockholm, Helsinki nampaknya bersedia bergerak ke hadapan sebelum pilihan raya umum Finland pada April ini kerana pendapat umum juga menyokong keahlian Nato.



Kedua-dua negara mendapat sokongan semua kecuali dua daripada 30 anggota Nato - khususnya Hungary dan Turkey.



Ramai ahli Parlimen Finland telah mendesak pelaksanaan undang-undang yang mengesahkan bahawa Finland menerima syarat perjanjian Nato yang akan diluluskan sebelum pilihan raya pada 2 April ini.



Finland akan membahaskan Rang Undang-undang itu pada Selasa dan undian dijangka Rabu.



Meluluskan Rang Undang-undang itu bermakna Finland boleh bertindak pantas, walaupun ratifikasi datang sebelum pemerintah baru dibentuk.



"Masanya sekarang untuk meratifikasi dan mengalu-alukan sepenuhnya Finland dan Sweden sebagai ahli," kata ketua Nato, Encik Jens Stoltenberg, pada Selasa semasa lawatan ke Finland untuk bertemu dengan kepimpinan politik.



"Mesej saya ialah kedua-dua Finland dan Sweden telah menunaikan apa yang mereka janjikan dalam perjanjian tiga hala yang mereka buat dengan Turkey pada Jun lalu di Madrid (Sepanyol)," katanya.



Encik Stoltenberg menyatakan bahawa Finland dan Sweden kini lebih selamat berbanding ketika mereka memohon, memetik jaminan keselamatan oleh beberapa ahli.



"Tidak dapat dibayangkan bahawa akan ada sebarang ancaman terhadap Finland atau Sweden tanpa Nato bertindak balas," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >