Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Finland, Sweden mohon sertai Nato

May 19, 2022 | 05:30 AM



STOCKHOLM/HELSINKI: Dua negara Eropah, Finland dan Sweden,rasmi mengemukakan permohonan secara bersama untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di ibu pejabat pakatan tentera itu di Brussels semalam, kata Perdana Menteri Sweden, Cik Magdalena Andersson.



"Saya gembira kami telah mengambil jalan sama dan kami boleh melakukannya secara bersama," kata Cik Andersson di sidang akhbar bersama dengan Presiden Finland, Encik Sauli Niinisto.



Pengesahan pantas permohonan Finland dan Sweden untuk menjadi anggota Nato oleh Amerika Syarikat akan membantu keseluruhan proses berjalan lebih cepat, kata Encik Niinisto pula.



"Jika anda mempunyai proses yang cepat, ia akan membantu keseluruhan proses dan jadual waktu buat keseluruhan proses," katanya kepada wartawan pada sidang akhbar itu. "Ini sangat penting dalam konteks sekarang."



Encik Niinisto dan Cik Andersson dijadual bertemu presiden Amerika, Encik Joe Biden, di Washington hari ini.



Majoriti besar penggubal undang-undang Finland mengundi menyokong menyertai Nato kelmarin sebagai penghalang bagi pencerobohan Russia, membuka jalan bagi permohonan bersama dengan Sweden.



Selepas satu perbahasan yang berlangsung selama sehari setengah, 188 daripada 200 anggota parlimen (AP) mengundi menyokong keanggotaan Nato, satu perubahan dramatik daripada dasar berkecuali tentera Finland sepanjang lebih 75 tahun.



"Hari ini, kami akan menandatangani surat permohonan untuk sertai Nato," kata Menteri Luar Finland, Encik Pekka Haavisto, kepada penyiar awam YLE.



Negara itu, yang berkongsi sempadan 1,300 kilometer dengan Russia, telah dikejutkan dengan pencerobohan Russia ke atas sebuah lagi negara jiran, Ukraine.



"Sekitaran keselamatan kami secara asasnya telah berubah," kata Perdana Menteri Finland, Cik Sanna Marin, kepada Parlimen Isnin lalu semasa permulaan perbahasan.



"Satu-satunya negara yang mengancam keselamatan Eropah, dan kini secara terbuka melancarkan perang (Russia)", katanya.



Finland menjadi sebahagian empayar Russia lebih satu abad sehingga ia mencapai kemerdekaan pada 1917. Ia kemudiannya diserang Soviet Union pada 1939.



Menurut tinjauan pendapat umum, lebih tiga perempat rakyat Finland mahu menyertai Nato, hampir tiga kali ganda berbanding sebelum perang di Ukraine bermula pada 24 Februari. Sweden pula mengumumkan hasrat rasminya memohon keanggotaan Nato pada Isnin lalu dengan menteri luarnya, Cik Ann Linde, menandatangani surat permohonan itu kelmarin. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >