Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Firma logistik di China pertingkat langkah elak jangkitan Covid-19 menerusi import makanan beku

Nov 28, 2020 | 01:44 PM



BEIJING: China sedang mempertingkat langkah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 menerusi makanan rangkaian sejuk yang diimport.



Kementerian Pengangkutan China telah meminta syarikat logistik agar memastikan pekerja di pelabuhan perkapalan agar menggunakan pelitup apabila mengangkat atau memindahkan kargo makanan rangkaian sejuk yang diimport ini, khususnya daripada kawasan berisiko tinggi, jelas jurucakap kementerian, Encik Sun Wenjian di satu sidang media pada Jumaat (27 November).



Encik Sun memberitahu agensi berita bahawa langkah ini diambil bagi melindungi keselamatan pekerja barisan hadapan. 



"Apabila mengangkat dan memindahkan kargo makanan rangkaian sejuk, pekerja diminta agar mengelakkan daripada meletakkan muka mereka berhampiran dengan makanan atau menyentuh mulut dan hidung mereka. Mereka juga dilarang membuka bungkusan makanan bagi mengelakkan kontak dengan virus," katanya.



Protokol keselamatan yang tegas ini dikenalkan bagi melindungi pekerja barisan hadapan seperti pemandu, pengangkat barangan dan pekerja kelautan yang berdepan dengan risiko tinggi terdedah pada koronavirus.



Syarikat logistik juga diperlukan mencatat dan mengawasi status kesihatan pekerja barisan hadapan di samping menyediakan mereka dengan alat pelindung, menjalankan ujian asid nukleik dan memperkukuh proses penyahjangkitan, tambah Encik Sun.



Penyahjangkitan menyeluruh diperlukan bagi kenderaan pengangkutan dan kapal sebelum dan selepas mengangkut barangan. - CHINA DAILY/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >