Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma lombong Indonesia diberi amaran patuhi peraturan sekitaran

Hadapi risiko izin operasi dibatal
Mar 16, 2023 | 5:30 AM
SUMBER ASLI: Indonesia berhasrat untuk menggunakan sumber nikel yang kaya di negara itu, menjadi hab pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV). - Foto AFP
SUMBER ASLI: Indonesia berhasrat untuk menggunakan sumber nikel yang kaya di negara itu, menjadi hab pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV). - Foto AFP -

JAKARTA: Seorang menteri kanan Indonesia pada Selasa memberi amaran kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di kawasan yang kaya dengan sumber nikel supaya mematuhi peraturan sekitaran yang telah ditetapkan, atau menghadapi risiko izin operasi mereka dibatalkan.

Indonesia berhasrat untuk menggunakan sumber nikel yang kaya di negara itu, menjadi hab pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV).

Beberapa persetujuan telah dimeterai bernilai AS$15 bilion ($20 bilion) dengan pengeluar global, termasuk Hyundai, LG dan Foxconn dalam masa tiga tahun.

Tetapi pakar-pakar alam sekitar telah menyuarakan amaran agar tidak merealisasikan hasrat tersebut, jika ia dilakukan melalui perlombongan dan pemprosesan mineral secara rakus.

Menurut mereka, ia boleh merosakkan alam sekitar, seperti yang telah dialami di negara-negara lain yang kaya dengan sumber alam itu.

"Anda harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pemerintah Indonesia. Jika tidak, saya akan menutup industri anda dalam masa dua bulan," kata Encik Luhut Pandjaitan, Menteri Penyelaras bagi Maritim dan Ehwal Pelaburan.

"Mungkin ia akan mengurangkan penghasilan kami, tetapi kami tidak mahu mengimbanginya dengan persekitaran yang buruk," kata beliau di satu forum ekonomi di Jakarta.

Encik Luhut berkata demikian dengan merujuk kepada kompleks nikel terbesar, iaitu Indonesia Morowali Industrial Park (IMIP), di wilayah Sulawesi Tengah.

Beliau berkata satu pasukan pegawai pemerintah telah dihantar ke wilayah itu bagi menjalankan siasatan berikutan aduan para pekerja alam sekitar pada Februari lalu.

IMIP tidak memberikan respons terhadap permintaan agensi berita Reuters bagi mendapatkan ulasan mereka.

Encik Luhut turut memberi amaran bahawa pemerintah akan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. - Reuters.

"Anda harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pemerintah Indonesia. Jika tidak, saya akan menutup industri anda dalam masa dua bulan." - Encik Luhut Pandjaitan, Menteri Penyelaras bagi Maritim dan Ehwal Pelaburan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg