SPH Logo mobile
Langgan|

Firma rel HK rancang bida projek rel laju S'pura-KL

Firma rel HK rancang bida projek rel laju S'pura-KL

May 15, 2017 | 4:15 PM

Firma rel HK rancang bida projek rel laju S'pura-KL

-

HONG KONG: Pengendali kereta api Hong Kong merancang untuk berganding tenaga dengan firma gergasi China untuk membida projek Rel Laju (HSR) Singapura-Kuala Lumpur, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP).

Pengerusi MTR (MTR) Corporation Frederick Ma Si-hang berkata, syarikatnya berminat untuk bekerjasama dengan China Railway Corporation bagi kontrak membina HSR sejauh 350 kilometer itu.

Projek tersebut boleh menjadi pelaburan MTR pertama di bawah pelan 'Belt and Road' China.

"Kami mahu memasuki pasaran baru di bawah inisiatif 'Belt and Road'.

"Tetapi kami berhati-hati dalam menimbangkan faktor-faktor seperti daya maju kewangan projek dan risiko," kata Encik Ma.

Beliau merupakan sebahagian daripada delagasi 30 orang dari Hong Kong pimpinan Ketua Eksekutif Leung Chun-ying di Forum Belt and Road di Beijing, lapor SCMP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg