HARARE: Presiden Zimbabwe Robert Mugabe meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe, menamatkan 37 tahun pemerintahannya yang mengheret negara itu ke kancah ekonomi yang parah, lapor media antarabangsa.

Encik Mugabe, 93 tahun, letak jawatan tujuh hari selepas tentera campur tangan dalam krisis kepimpinan negara Afrika itu dan menempatkan beliau sebagai tahanan rumah.