Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Forest City: Kerajaan pertimbang pengurangan kuota pemilikan warga asing

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan mengurangkan pemilikan asing dalam pembangunan Forest City di Johor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang ditukil oleh laporan media.



"Buat masa ini, kebimbangan utama kami mengenai projek ini ialah dasar kerajaan yang membenarkan 70 peratus pemilikan oleh warga asing. Saya rasa isu ini perlu diteliti dan dikaji semula untuk memastikan hak rakyat kita tidak diketepikan," kata Datuk Zuraida kelmarin.



"Saya fikir halanya ialah kurang (daripada itu)."



Beliau menyatakan demikian beberapa hari selepas kerajaan Johor dilaporkan mengemukakan cadangan memperuntukkan 30 peratus hartanah di Forest City bagi pembeli Malaysia, sedang ia cuba meredakan kebimbangan kerajaan persekutuan bahawa rakyat China yang membeli hartanah projek itu akan menjadi penduduk di sana.



Tetapi kenyataan Datuk Zuraida itu menunjukkan bahawa peratusan tersebut mungkin terlalu rendah bagi kerajaan persekutuan.



Pembeli China membentuk kira-kira dua pertiga pembeli unit di Forest City setakat ini. Satu perlima dari Malaysia dan selebihnya dari 22 negara lain.



Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, meletakkan projek hartanah bernilai AS$100 bilion ($137 bilion) itu, yang dibangunkan oleh syarikat China Country Garden dan negeri Johor, dalam ketidakpastian apabila beliau berkata minggu lalu warga asing akan dihalang daripada membeli hartanah di projek itu.



Awal minggu ini, Tun Mahathir berkata warga asing boleh membeli unit kediaman di Forest City, yang sedang dibina di atas empat pulau buatan manusia di Selat Johor yang menghadap Tuas di Singapura, tetapi mereka tidak akan diberi visa untuk tinggal di sana.



Datuk Zuraida, yang bercakap selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan Nasional yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, berkata kementerian perumahan akan bertemu kerajaan negeri Johor dan pengurusan projek Forest City serta pemaju hartanah Malaysia untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai dasar pemilikan melibatkan warga asing.



"Kita perlu mendapatkan maklum balas daripada semua pihak supaya kita boleh menyusun laporan untuk Kabinet dan perdana menteri dalam usaha kita untuk bergerak ke depan," ujar Datuk Zuraida, sebagaimana dilaporkan akhbar New Straits Times.



"Setakat ini, kami telah membentangkan laporan awal kepada Kabinet Rabu lalu, yang berkaitan fakta projek termasuk saiz projek, status pembangunan yang telah selesai dan masih berjalan.



"Banyak yang perlu dikemas kini dalam laporan itu sedang kami mencari cara menyelesaikan masalah yang timbul."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >