Topik diikuti
Pergi ke BHkuG-7, Negara Teluk ikrar AS$1.8b bantu pelarian Syria
Premium
G-7, Negara Teluk ikrar AS$1.8b bantu pelarian Syria
Oct 1, 2015 | 5:30 AM
G-7, Negara Teluk ikrar AS$1.8b bantu pelarian Syria
SYUKUR: Seorang pelarian Syria berdoa sebaik saja tiba di Pulau Lesbos di Greece kelmarin selepas menyeberang Laut Aegean dari pantai Turkey. - Foto REUTERS -
NEW YORK: Negara-negara Kumpulan Tujuh (G-7) dan negara-negara Teluk semalam mengikrarkan bantuan AS$1.8 bilion ($2.57 bilion) bagi agensi-agensi bantuan PBB yang membantu pelarian Syria.
Komitmen itu dibuat selepas Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, memberitahu pemimpin dunia sewaktu perasmian Perhimpunan Agung PBB bahawa agensi kemanusiaan PBB telah kehabisan dana.
