Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

G-7 prihatin tentang provokasi di Laut China Timur dan Selatan

G-7
Apr 12, 2016 | 08:03 AM



HIROSHIMA: Para menteri luar Kumpulan Tujuh (G-7) ekonomi maju berkata mereka menentang kuat provokasi di Laut China Timur dan Selatan, di mana China terlibat dalam pertikaian wilayah dengan beberapa negara, termasuk Filipina, Vietnam dan Jepun.



"Kami prihatin mengenai situasi di Laut China Timur dan Selatan, dan menekankan kepentingan asasi pengurusan dan penyelesaian aman pertikaian," kata menteri dari Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Jerman, Canada, Perancis dan Italy itu dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (11 Apr), di akhir sebuah mesyuarat dua hari di Hiroshima.



"Kami menyatakan bantahan keras kami terhadap sembarang tindakan mengertak, memaksa atau provokatif sepihak yang boleh mengubah keadaan sedia ada dan meningkatkan ketegangan, dan menggesa semua negara supaya menahan diri daripada tindakan menambak laut, termasuk secara besar-besaran, membina pos, dan juga penggunaan pos untuk tujuan ketenteraan," kata kenyataan itu.



Jelas merujuk pada pertengkaran wilayah China dengan Filipina, kumpulan itu juga menggesa negara-negara mematuhi undang-undang maritim antarabangsa dan melaksana sembarang penghakiman mengikat yang diputuskan oleh mahkamah dan tribunal.



Manila telah meminta Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di The Hague memutuskan pertikaiannya dengan Beijing, yang telah berkata ia tidak mengiktiraf kes itu. Suatu keputusan dijangka menjelang Jun.



China menuntut lebih 80 peratus daripada Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas.



Beijing berkata ia belum melihat kenyataan G-7 itu, tetapi negara-negara di rantau ini sedang berusaha menggalak kestabilan dan pertikaian telah "dibesar-besarkan".



"Jika G-7 mahu terus memainkan peranan utama di dunia, ia perlu mengambil sikap mencari kebenaran daripada fakta untuk menangani isu yang masyarakat antarabangsa paling ambil berat pada masa ini," kata jurucakap Kementerian Luar China, Encik Liu Kang, dalam satu pada taklimat berita harian.



"Jika G-7 dijadikan tebusan oleh kepentingan diri sendiri negara-negara tertentu, maka ini mungkin tidak akan memberi manfaat kepada pengaruh, peranan dan pembangunan masa hadapan G-7." - Bloomberg, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >