Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Dunia0

G20 tekad tangani Covid-19

Nov 22, 2020 | 05:30 AM

WASHINGTON: Kumpulan 20 negara (G-20) bertekad untuk terus melakukan segala mungkin untuk menahan pandemik Covid-19 daripada terus merebak, sambil mengingatkan bahawa rancangan pemulihan ekonomi global akan tetap "tidak seimbang, tidak menentu, dan menghadapi risiko penurunan".

Mengawal pandemik adalah kunci untuk menyokong pemulihan ekonomi global, kata pemimpin G-20 dalam draf yang petikannya diperolehi agensi berita Reuters.

Kenyataan rasmi bersama akan dikeluarkan oleh pemimpin dari Amerika Syarikat, China dan kumpulan 20 negara setelah mereka bertemu melalui sidang video tadi malam.

Dalam draf tersebut, para pemimpin menarik perhatian bahawa krisis koronavirus paling teruk menjejas masyarakat yang terdedah kepada kesempitan, dan bahawa beberapa negara mungkin memerlukan pelepasan hutang lebih daripada langkah-langkah pembekuan sementara bagi lunasan hutang rasmi yang berakhir pada Jun 2021.

Menurut draf itu, pemimpin G-20 akan mengkaji tentang kemungkinan memperpanjang moratorium, Inisiatif Penangguhan Perkhidmatan Hutang (DSSI), selama enam bulan lagi sehingga musim bunga 2021, dan mengesahkan rangka kerja bersama untuk menangani masalah hutang yang disokong Kelab Paris, pemiutang rasmi

"Kami bertekad untuk terus menggunakan semua saluran dasar untuk melindungi kehidupan, pekerjaan dan pendapatan orang, menyokong pemulihan ekonomi global dan meningkatkan daya tahan sistem kewangan, sambil melindungi dari risiko penurunan," kata kenyataan itu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai Sidang Puncak G20 di Riyadh, Arab Saudi yang berlangsung secara dalam talian mulai malam tadi.

Perbincangan di sidang itu tertumpu kepada usaha bersama bagi mengatasi pandemik Covid-19, memulihkan pekerjaan dan ekonomi serta membina masa depan yang mampan dan berdaya bingkas.

Arab Saudi ialah Pengerusi G20 tahun ini dan sidang puncak itu akan dipengerusikan Raja Salman.

Singapura adalah satu daripada tujuh pihak yang diundang menyertainya walaupun bukan anggota kumpulan 20 negara itu. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian