Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

G7 ikrar kumpul $830 bilion biayai prasarana negara membangun

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



SCHLOSS ELMAU (Jerman): Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) berikrar untuk mengumpul AS$600 bilion ($830 bilion) dalam bentuk dana awam dan swasta dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan ia membiayai prasarana yang diperlukan di negara-negara membangun selain mengatasi projek Jalur dan Laluan (BRI) diusahakan China yang menelan belanja bertrilion dolar.



Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden dan pemimpin lain G7 telah melancarkan usaha pelaburan itu yang diberikan nama baru 'Usaha Sama bagi Pelaburan dan Prasarana Sedunia' sewaktu pertemuan tahunan mereka yang diadakan tahun ini di Schloss Elmau di Banjaran Bavaria, selatan Jerman.



Encik Biden berkata, AS akan menyalurkan AS$200 bilion dalam bentuk geran, dana persekutuan dan pelaburan swasta sepanjang lima tahun ini bagi menyokong projek-projek di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana yang membantu menangani perubahan iklim selain mempertingkat kesihatan sedunia, kesaksamaan jantina dan prasarana digital.



"Saya ingin menjelaskan, ini bukan bantuan atau derma. Ini adalah pelaburan yang akan membawa faedah kepada semua," kata Encik Biden, yang menambah, ia akan membenarkan negara-negara "melihat faedah yang jelas dijana dari hasil usaha sama dengan negara-negara yang mendukung demokrasi".



Encik Biden berkata, ratusan bilion dolar lagi mungkin akan diterima dari bank-bank pembangunan berbilang hala, institusi pembangunan kewangan, dana mahsul dan lain-lain.



Eropah dalam pada itu akan menyalurkan 300 bilion Euro ($439 bilion) bagi daya usaha ini untuk tempoh yang sama bagi membantu membangun pilihan selain skim BRI China, yang dilancarkan oleh Presiden Xi Jinping pada 2013, kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula von der Leyen, semasa pertemuan itu.



Dalam satu perkembangan lain, G7 turut bersetuju untuk mengharamkan eksport emas dari Russia dalam tindakan bersepadu baharu untuk memutuskan sumber kewangan Moscow.



Keputusan itu dicapai oleh pemimpin negara G7 yang bertemu di selatan Jerman untuk 'mengunci' sokongan baharu terhadap Ukraine.



Encik Biden dan rakan sejawatnya dari negara paling maju di dunia, berkumpul di sini sebelum mereka terus ke Madrid untuk mengadakan perbincangan dengan rakan yang menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato). - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >