Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gabenor Jakarta, timbalan dijangkiti Covid-19

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Gabenor Jakarta dan timbalannya telah dijangkiti Covid-19 ketika Daerah Khusus Ibukota itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.



Encik Anies Baswedan dalam satu kenyataan semalam memaklumkan ujian calitan yang dilakukannya kelmarin menunjukkan beliau positif, selepas dua hari timbalannya, Encik Ahmad Riza Patria, disahkan dijangkiti virus itu.



"Selepas berkonsultasi dan sesuai dengan arahan doktor, saya akan menjalani pengasingan diri dan mengikuti tatacara perubatan yang ditetapkan pasukan perubatan," katanya.



Sebelumnya, Encik Anies mengaku melakukan ujian calitan secara rutin.



Ujian terakhir dilakukan pada 25 Nov lalu dengan hasil negatif. Ia juga sempat melakukan swab antigen pada 29 Nov setelah mengetahui Encik Ahmad Riza positif Covid-19.



Selesai mendapat hasil swab antigen negatif, mantan menteri pendidikan dan kebudayaan itu kembali menjalani ujian swab Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) sebagai mengesahkan hasil antigen tersebut.



"Ternyata malamnya dini hari saya dapat khabar kalau hasilnya positif, hasil ujian PCR saya positif Covid-19," katanya yang ditukil CNN Indonesia semalam.



Ia lantas mengumumkan keadaan kesihatannya pagi semalam sesuai peraturan pemerintah dalam menangani Covid-19 secara terbuka.



"Sebagaimana kita lakukan dalam menangani Covid-19, sejak Mac kita selalu sampaikan apa adanya, ketelusan, tidak ditambah, dikurangi, dan diberikan secara lengkap menyangkut kebijakan kita yang telus, begitu juga ketika menyangkut keadaan yang saya hadapi hari ini (semalam)," ucapnya.



Selain itu, beliau mengingatkan agar semua orang yang pernah berinteraksi dengannya segera melakukan pengasingan diri dan menjalani ujian PCR.



"Bagi siapapun yang pernah ketemu saya silakan hubungi puskesmas (pusat kesihatan masyarakat) terdekat untuk menjalani ujian. Pasukan penjejakan kementerian kesihatan akan mengisi data, menghubungi semua kontak erat, dan seluruh prosedur terkait akan dijalankan," kata beliau lagi.



Menurut Encik Anies, keadaannya adalah baik dan tidak ada gejala. Setelah bertemu doktor, beliau mengaku akan menjalani pengasingan diri dan mengikuti prosedur pengubatan yang ditetapkan pasukan perubatan.



"Pengasingan diri di rumah kementerian, di mana saya akan tinggal sendiri, sementara keluarga akan tetap tinggal di rumah peribadi yang selama ini kita tempati. Saya akan tetap bekerja dari rumah, secara maya, memimpin rapat secara maya," kata Encik Anies.



Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, Jakarta menjadi wilayah yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes.



Sebanyak 1,099 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala jumlah kematian keseluruhan di provinsi itu kini 2,660 kes.



Semalam, Indonesia mencatatkan 4,617 kes positif baharu menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 538,883 kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >