Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Gabungan Parti Sarawak jaya raih majoriti

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



KUCHING: Gagasan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin Tan Sri Abang Johari Tun Openg - melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - telah memenangi 48 kerusi dari keseluruhan 82 kerusi yang ditandinginya.



Ini sekaligus membolehkan GPS membentuk kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Abang Johari - yang merupakan presiden PBB - setelah perikatan empat parti itu meraih lebih daripada 42 kerusi yang dikehendaki untuk majoriti mudah.



Sehingga Berita Minggu dicetak pada 9.30 malam tadi, pencabar terdekatnya Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanya menang tiga kerusi.



Tan Sri Abang Johari dalam pada itu telah memenangi kerusi DUN Gedong yang baru ditandinginya, selepas meninggalkan kerusi DUN Satok.



Suasana pilihan raya negeri Sarawak bertukar cemas seketika apabila helikopter yang membawa Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari dan rombongannya terpaksa mendarat di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, kira-kira jam 2 petang, semalam.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia susulan cuaca buruk dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.



"Helikopter yang membawa Ketua Menteri dan beberapa individu lain mendarat di Padang Kawad UNIMAS kerana cuaca buruk.



"Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan Ketua Menteri meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).



Sepanjang tempoh mengundi semalam, keadaan rata-rata berlangsung aman.



Antara 7.30 pagi hingga 5 petang, orang ramai menunaikan hak mereka di 1,866 pusat mengundi bagi membuat pilihan - memilih wakil rakyat bagi 82 kerusi yang dipertandingkan di negeri terbesar di Malaysia itu.



Lebih 1.25 juta pengundi berdaftar layak mengundi.



Sebelum ini pengundian awal membabitkan 23,043 anggota tentera dan polis bersama pasangan sudah dijalankan pada 14 Disember lalu.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 55 peratus pengundi keluar mengundi setakat 4 petang semalam, lebih rendah berbanding PRN 2016 iaitu 68.33 peratus, ekoran cuaca yang tidak mengizinkan.



Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud turut menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di Kompleks Sukan Satok sekitar 11.40 pagi bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok.



Tan Sri Abang Johari tiba lebih awal di Kompleks Sukan Satok, pada 9.56 pagi.



SPR sebelum ini mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan layak bertanding mewakili GPS yang bertanding di kesemua 82 kerusi; Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi; PSB di 70 kerusi; Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 28; Parti Tindakan Demokratik (DAP) di 26 kerusi; dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) di 15 kerusi.



Selain itu, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bertanding di 11 kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) di 8 kerusi; Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) di lima kerusi; Parti Islam SeMalaysia (PAS) bertanding di satu kerusi; dan calon Bebas di 30 kerusi.



Bergantung kepada jumlah pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya, ada yang ditutup seawal 12 tengah hari seperti pusat mengundi di Tadika Kemas Kampung Soh yang berada di bawah DUN Muara Tuang, yang hanya mempunyai 97 pengundi. - BHM, Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >