Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gajah 'tanduk' penjaga hingga maut di Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Dec 25, 2022 | 10:48 PM
Foto HARIAN METRO/RAFIQAH DAHALI
Foto HARIAN METRO/RAFIQAH DAHALI -

KOTA KINABALU: Seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini, meninggal dunia selepas diserang gajah pygmy, pada Ahad (25 Disember).

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun yang sedang memberi rawatan kepada anak haiwan itu yang cedera di kandang pameran, ceeera parah bahagian dada dan perut sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang menjalankan rutin memberi makan dan membersihkan haiwan itu apabila tiba-tiba diserang seekor gajah dewasa ketika dia sedang memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.

"Akibat serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan," katanya ketika dihubungi.

Mohd Haris berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang dihubungi, berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada jabatan berkaitan berhubung insiden berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, pula memaklumkan kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

"Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan ketika ini," katanya. - BERITA HARIAN MALAYSIA (BHM)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg