Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS gantung 44 penerbangan ke China, sebagai tindak balas

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat telah menggantung 44 khidmat penerbangan ke China yang ditawarkan empat syarikat penerbangan China sebagai tindak balas keputusan negara komunis itu menggantung penerbangan ke Amerika berikutan kebimbangan Covid19.



Penggantungan itu bermula 30 Januari ini dengan penerbangan Xiamen Airlines dari Los Angeles ke Xiamen yang dijadualkan pada hari itu dan akan berkuat kuasa hingga 29 Mac ini, menurut Jabatan Pengangkutan.



Keputusan itu membabitkan syarikat penerbangan Xiamen, Air China, China Southern Airlines dan China Eastern Airlines.



Sejak 31 Disember 2021, pihak berkuasa China menggantung 20 penerbangan United Airlines, 10 American Airlines dan 14 Delta Air Lines, selepas beberapa penumpang disahkan positif Covid-19.



Selasa lalu, Jabatan Pengangkutan berkata China mengumumkan pembatalan penerbangan baharu Amerika.



Jurucakap Kedutaan China di Washington, Encik Liu Pengyu, berkata pada Jumaat lalu, dasar penerbangan penumpang antarabangsa yang memasuki China terpakai sama rata kepada syarikat penerbangan China dan asing dengan cara yang adil, terbuka dan telus.



Beliau menyifatkan langkah Amerika itu "sangat tidak munasabah" dan menambah "kami menggesa pihak Amerika berhenti mengganggu dan menyekat penerbangan penumpang biasa" oleh syarikat penerbangan China."



Dalam pada itu, Airlines for America, sebuah kumpulan perdagangan yang mewakili tiga syarikat penerbangan Amerika yang terjejas dengan langkah China bersama-sama dengan yang lain berkata, ia menyokong tindakan Washington "untuk memastikan layanan adil terhadap syarikat penerbangan Amerika di pasaran China."



Menurut Jabatan Pengangkutan, Perancis dan Jerman mengambil tindakan sama terhadap langkah Covid-19 China.



Ia mendakwa tindakan sepihak China terhadap syarikat penerbangan Amerika tidak seiring dengan perjanjian dua hala yang dicapai sebelum ini.



Jabatan itu berkata, ia bersedia menyemak semula tindakannya jika China menyemak semula "dasarnya untuk membawa keadaan yang perlu diperbaiki bagi syarikat penerbangan Amerika."



Ia memberi amaran jika China membatalkan lebih banyak penerbangan, "kami berhak mengambil tindakan tambahan."



China menutup sempadannya kepada pengembara, mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa kepada hanya 200 seminggu, atau 2 peratus daripada tahap prapandemik, kata Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada September tahun lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >