Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Garis Masa Peperangan Afghanistan

Aug 15, 2021 | 05:30 AM



2001



11 September: Pengganas Al-Qaeda merampas tiga pesawat komersial dan menghempaskannya ke Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon di Washington. Pesawat keempat pula terhempas di sebuah kawasan di Shanksville, Pennsylvania. Hampir 3,000 orang terbunuh. Amerika Syarikat mengisytiharkan "peperangan menentang pengganasan" dan menuntut rejim Taleban di Afghanistan menyerahkan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden.



7 Oktober: Tentera Amerika yang disokong Brtian, melancarkan kempen pengeboman, Operation Enduring Freedom, ke atas Taleban. Askar mula tiba di negara itu 12 hari kemudian.



1 November: Taleban mula tertekan. Tenteranya kembali ke wilayah yang telah menjadi kubunya setelah Mazar-i-Sharif, Taloqan, Bamiyan, Herat, Kabul dan Jalalabad ditawan tentera Amerika dan sekutunya.



9 Disember: Kandahar jatuh ke tangan Amerika, sekali gus mengakhirinya rejim pemerintahan Taleban.



2002



Mac: Operasi Anaconda dilancar menentang sekitar 800 militan Al-Qaeda dan Taleban di Lembah Shah-i-Kot. Amerika mula mengatur operasi menentang Iraq.



Jun: Encik Hamid Karzai dilantik sebagai ketua pemerintah sementara Afghanistan.



2003



1 Mei: Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld mengisytiharkan berakhirnya operasi ketenteraan di Afghanistan, sedang Presiden George W Bush mengisytiharkan kemenangan di Iraq.



2004



9 Oktober: Encik Karzai dipilih Presiden Afghanistan dalam pilihan raya bersejarah.



9 Oktober: Osama membuat kemunculan dalam mesej video sebelum menjelang pilihan raya presiden Amerika.



2006



Julai: Keganasan meruncing di serata Afghanistan dengan pertempuran sengit di wilayah selatan.



2009



Julai: Tentera Amerika lancar operasi besar-besaran di selatan Afghanistan.



November: Encik Karzai menang tempoh kedua dalam pilihan raya yang dipertikai.



2010



November: Anggota Nato menandatangani pengisytiharan untuk menyerahkan tanggungjawab keselamatan kepada tentera Afghanistan sepenuhnya menjelang akhir 2014.



2011



1 Mei: Osama dibunuh oleh tentera Amerika di Pakistan.



2012



Mac: Taleban menggantung perbincangan awal dengan Amerika yang bertujuan untuk mencapai persetujuan damai.



2013



Jun: Tentera Afghanistan ambil alih tanggungjawab keselamatan daripada Nato, yang kini fokusnya beralih kepada latihan ketenteraan dan operasi antipengganasan.



2014



May 27: Presiden Barack Obama umumkan tempoh waktu bagi pengunduran tentera Amerika menjelang akhir 2016



2017



13 April: Amerika melancarkan serangan bom ke atas ISIS di Nangarhar, wilayah di timur Afghanistan.



2018



Januari: Taleban lancar serangan hebat, pentadbiran Trump kerah lebih ramai tentera di kawasan pedalaman Afghanistan.



2019



Februari: Rundingan Amerika-Taliban tunjuk kemajuan setelah Presiden Trump beri isyarat akan laksanakan pengunduran hampir separuh askar Amerika dari Afghanistan.



7 September: Presiden Trump batalkan rundingan seminggu selepas mengumumkan "perjanjian secara berprinsip" telah dicapai setelah seorang askar Amerika terbunuh dalam serangan Taleban.



2020



29 Februari: Utusan khas Amerika Zalmay Khalilzad dan pegawai kanan Taleban Mullah Abdul Ghani Baradar menandatangani perjanjian yang merintis jalan bagi pengunduran tentera Amerika dan jaminan Taleban bahawa negara itu tidak akan digunakan bagi kegiatan pengganasan.



12 September: Rundingan damai antara pihak-pihak berbeza Afghanistan bermula di Doha.



2021



14 April: Presiden Joe Biden umumkan pengunduran penuh tentera Amerika menjelang 11 September.



4 Mei: Taleban menyerang Helmand di daerah selatan dan sekurang-kurangnya enam wilayah lain.



22 Jun: Taleban lancar serangan di kawasan utara, dan berjaya mengawal 50 daripada 370 wilayah.



2 Julai: Tentera Amerika berundur daripada Pangkalan Tentera Udara Bagram, sekali gus menamatkan penglibatan Amerika dalam peperangan tersebut.



6- 13 Ogos: Taleban tawan 16 kota dalam hanya lapan hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >