Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gas pemedih mata punca kematian rusuhan stadium Indonesia

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Sebuah pasukan penyiasat yang dikerahkan untuk menyiasat tragedi rusuhan maut yang berlaku di Indonesia baru-baru ini mendapati punca utama kematian semasa peristiwa berkenaan - antara yang terburuk dalam sejarah bolasepak dunia itu - adalah disebabkan penggunaan gas pemedih mata.



Menurut Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Encik Mahfud MD kelmarin, pasukan penyiasat yang terdiri daripada pegawai pemerintah, pakar bola sepak dan pakar keselamatan, telah menyiasat bagaimana lebih 130 orang terkorban dalam satu rempuhan selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, pada 1 Oktober lalu.



Laporan tragedi oleh jawatankuasa khas diketuai Encik Mahfud itu sudah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo kelmarin.



Dalam satu sidang media, Encik Mahfud berkata laporan setebal 124 halaman, yang mengandungi perincian mengenai penemuan dan cadangan itu, turut mendapati bahawa Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) perlu bertanggungjawab sepenuhnya.



"Lembaga eksekutif PSSI dan suborganisasinya perlu bertanggungjawab," kata Encik Mahfud, sambil menambah bahawa polis perlu terus menjalankan siasatan mengenai tragedi itu.



Ketika perlawanan 'East Java Derby' antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, tuan rumah tewas buat kali pertama di laman sendiri dalam tempoh 23 tahun, sekali gus mencetuskan kemarahan penyokong.



Selepas perlawanan tamat, penyokong yang berang memasuki padang untuk berdepan dengan pemain dan pegawai pasukan.



Keadaan bertukar menjadi tegang hingga memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan beribu-ribu penyokong berasak-asak untuk keluar daripada stadium melalui beberapa pintu pagar sehingga menyebabkan rempuhan.



Pasukan penyiasat juga mendapati, anggota polis yang bertugas tidak tahu adanya larangan penggunaan gas pemedih mata semasa perlawanan bola sepak.



Seramai 132 orang terkorban, manakala 622 yang lain cedera dalam tragedi itu, memetik angka terkini dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Malang.



Susulan tragedi itu, Arema FC didenda lebih $23,000 oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia, manakala Polis Indonesia memecat ketua polis Malang dan sembilan lagi anggota.



Pada 7 Oktober lalu, polis mengumumkan enam individu terdiri tiga ahli jawatankuasa penganjur dan tiga anggota polis akan didakwa atas kesalahan jenayah.



Sementara itu, Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam, Encik Basuki Hadimuljono berkata, kementerian itu akan memulakan proses menaik taraf stadium tersebut pada tahun depan.



Pasukan penilai teknikal kementerian mencadangkan tujuh aspek perlu ditambah baik iaitu pintu stadium, pintu kecemasan, lampu, tandas, pagar dan perimeter bangunan utama.



Reka bentuk stadium baru itu akan disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan termasuk monumen yang akan turut dibina bagi memperingati mangsa tragedi berkenaan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >