Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GDP M'sia naik 5.6% pada suku pertama

May 12, 2023 | 7:45 PM
fa4c5b4b-4e6d-402b-8fd8-3cb9190831ca
-

EKONOMI Malaysia meningkat pada suku pertama, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, menurut data bank pusat dan kerajaan, pada Jumaat. Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat 5.6 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM), dan Jabatan Statistik. Kenaikan itu adalah lebih pantas daripada ramalan pengembangan tahunan 4.8 peratus, oleh penganalisis dalam tinjauan pendapat agensi berita Reuters. Dalam suku keempat 2022, ekonomi tumbuh 7.1 peratus, setelah disemak daripada 7.0 peratus yang diumumkan sebelumnya. Pertumbuhan mencecah paras tertinggi dalam 22 tahun, pada 8.7 peratus pada 2022, apabila Malaysia bangkit daripada kemerosotan pandemik, tetapi permintaan global yang dingin dijangka mempengaruhi prospek ekonomi Asia Tenggara yang berorientasikan eksport. Namun, bank pusat berkata permintaan domestik yang kukuh akan terus memacu pengembangan ekonomi, mengekalkan unjuran pertumbuhan 2023, pada kadar antara 4 dan 5 peratus. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg