Topic followed successfully
Go to BHkuGedung Jakel di Shah Alam terbakar lagi
Gedung Jakel di Shah Alam terbakar lagi
Gedung Jakel di Shah Alam terbakar lagi
SHAH ALAM: Gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 terbakar lagi dalam kejadian awal pagi semalam.
Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu membabitkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 2.78 meter persegi di tingkat tiga.
Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan sebarang mangsa.
Pada Ahad lalu, premis sama dilaporkan terbakar 80 peratus, dipercayai akibat litar pintas, memusnahkan bahagian dalam bangunan di sebuah cawangan gedung kain dan pakaian terkenal yang mampu mengaut keuntungan sehingga RM300 juta ($91.38 juta) musnah dalam kejadian kebakaran pada awal pagi kelmarin itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata hampir RM100 juta kerugian bagi bangunan lot kedai tiga tingkat yang musnah dalam kebakaran tersebut sebelum mengambil kira kain dan pakaian hangus.
Bangunan lot kedai tiga tingkat ikonik di persimpangan Persiaran Kayangan dan Persiaran Permai berdekatan pintu belakang kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dijilat api sebelum sepasukan bomba seramai 38 orang bersama sembilan jentera dari tujuh balai dikerahkan ke sana.
Susulan kebakaran pertama itu, pelbagai spekulasi yang timbul, polis menasihatkan orang ramai agar menghormati pihak yang mengalami kerugian serta yang hilang sumber pendapatan dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati. Tindakan segelintir pengguna media sosial umpama 'mencurah minyak ke api' apabila mendakwa kebakaran gedung tekstil milik Jakel di Seksyen 7 di sini sebagai cubaan untuk mendapat 'laba' menerusi tuntutan insurans. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya Mohd Iqbal Ibrahim, menyelar tindakan warganet berkenaan dan menyifatkan kenyataan mereka boleh diambil tindakan oleh pemilik Jakel. - Agensi berita.

