Topik diikuti
Pergi ke BHkuMangsa banjir di empat negeri di Malaysia bertambah
Mangsa banjir di empat negeri di Malaysia bertambah
Mangsa banjir di empat negeri di Malaysia bertambah
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 18, 2019 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di empat negeri - Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak - meningkat kepada 10,652 orang, dengan sebanyak 105 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan sehingga kini.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan sekretariat pengurusan bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Johor negeri paling terjejas dengan jumlah mangsa terbesar, iaitu 8,527 orang hingga 12 tengah malam kelmarin.