Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gelombang haba akibatkan lebih 1,700 kematian di Sepanyol, Portugal: WHO

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



COPENHAGEN: Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah memaklumkan gelombang haba yang melanda Eropah mengakibatkan lebih 1,700 kematian di Semenanjung Iberian setakat ini.



Justeru, mereka menggesa tindakan bersama dalam menangani perubahan iklim.



"Gelombang haba membunuh. Dalam beberapa dekad lalu, ratusan ribu orang terkorban akibat gelombang haba ekstrem disusuli kebakaran hutan yang berlaku.



"Tahun ini, kita menyaksikan lebih 1,700 kematian akibat gelombang haba di Sepanyol dan Portugal," kata Pengarah WHO Eropah, Encik Hans Kluge.



Encik Kluge menegaskan, pendedahan terhadap suhu ekstrem memberi kesan kepada keadaan kesihatan termasuk golongan berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, bayi dan warga emas.



WHO Eropah menjelaskan angka terbabit berdasarkan jangkaan awal laporan yang diterima daripada pihak berkuasa dan jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari akan datang.



Angka sebenar kematian dikaitkan dengan gelombang haba tidak dapat diketahui buat masa ini dan musim panas masih lagi panjang.



"Peristiwa yang berlaku ini memerlukan semua pihak bertindak untuk menangani perubahan iklim," kata Encik Kluge.



Badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata kerajaan perlu menunjukkan iltizam dalam melaksanakan Perjanjian Paris yang menetapkan sasaran untuk mengehadkan tahap kepanasan kepada dua darjah Celsius, di atas paras praindustri dan tidak melebihi 1.5 darjah Celsius.



Beliau berkata, anggota WHO di wilayah Eropah merangkumi 53 negara termasuk di Asia Tengah sudah menunjukkan komitmen kerjasama terhadap ancaman kesihatan global dan kini tiba masa untuk melakukannya sekali lagi.



Sementara itu di Rome, Italy berdepan cuaca panas dengan amaran gelombang haba dikeluarkan di 16 bandar di seluruh negara, ketika anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.



Suhu terburuk dicatatkan mencecah 40 darjah Celsius di utara Milan, manakala Bologna dan Rome dijangka mencapai 39 darjah Celsius.



Bandar lain turut berwaspada dengan amaran merah gelombang haba kelmarin dan semalam oleh Kementerian Kesihatan Italy, termasuk di Florence, Genoa, Turin dan Verona.



Khamis lalu, bandar Pavia yang terletak di selatan Milan, memecah rekod apabila suhu mencecah 39.6 darjah Celsius.



Buat tiga bulan berturut-turut sejak Mei lalu, suhu negara direkodkan antara dua dengan tiga darjah melebihi musim purata dan ia dijangka berterusan sehingga awal Ogos ini.



Gelombang haba yang dialami turut mengakibatkan kebakaran di kebanyakan tempat di Italy sejak beberapa minggu lalu.



Kebakaran terbesar berlaku di Tuscany di mana 860 hektar kawasan di barat Lucca terbakar sejak Isnin lalu.



Lebih memburukkan keadaan apabila kebakaran hutan berlaku berhampiran Trieste di wilayah Friuli Venezia Giulia, mengakibatkan asap tebal sehingga ke sempadan Slovenia, selain menyebabkan kira-kira 300 orang hilang tempat tinggal.



Timbalan Gabenor, Encik Riccardo Riccardi, berkata kebakaran itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus selama 15 minit Selasa lalu.



Pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan jumlah kawasan yang musnah dalam kebakaran itu.



Seorang anggota bomba wanita turut terbunuh dalam kejadian terbabit selepas dihempap pokok.



Pasukan bomba Italy memaklumkan sebanyak 32,921 kebakaran berlaku sejak 15 Jun hingga 21 Julai lalu, iaitu 4,040 lebih banyak berbanding tempoh sama tahun lalu.



Kebanyakan kebakaran berlaku di wilayah selatan di Sicily, Puglia, Calabria dan Lazio. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >