Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelombang haba di Vancouver korbankan 69 orang

Jul 1, 2021 | 5:30 AM
EKORAN CUACA PANAS: Kebakaran hutan berlaku di kawasan Tasik Sparks di British Columbia, Canada, kelmarin. - Foto REUTERS
EKORAN CUACA PANAS: Kebakaran hutan berlaku di kawasan Tasik Sparks di British Columbia, Canada, kelmarin. - Foto REUTERS -

OTTAWA: Sekurang-kurangnya 69 orang di Vancouver, Canada, terkorban sejauh ini akibat gelombang haba yang melanda bahagian barat negara itu serta barat laut Pasifik Amerika Syarikat, menurut polis tempatan kelmarin.

Kebanyakan mereka yang terkorban di kawasan Burnaby dan Surrey di Vancouver merupakan warga emas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan, kata Polis Diraja Canada (RCMP).

Beberapa bandar tempatan lain juga berkata mereka mendapat panggilan berhubung kematian mengejut sejak Isnin.

"Meskipun masih disiasat, (gelombang) haba ini dipercayai menyumbang kepada kebanyakan kes kematian itu," kata Koperal Michael Kalanj daripada RCMP menerusi satu kenyataan.

Perubahan iklim menyebabkan suhu tinggi yang memecah rekod secara lebih kerap.

Isnin lalu misalnya, Canada mencatat rekod suhu tertinggi dalam sejarah, iaitu 47.9 darjah Celsius di Lytton, British Columbia, sekitar 250 kilometer dari Vancouver.

Sementara itu, suhu di bandar barat laut Pasifik Amerika Syarikat termasuk Portland, Oregon dan Seattle, Washington, mencapai paras tertinggi sejak 1940-an, iaitu 46.1 darjah Celsius di Portland dan 42.2 darjah Celsius di Seattle.

Pemimpin British Columbia, Encik John Horgan, menyifatkan ini sebagai minggu paling panas yang pernah dialami penduduk British Columbia.

"Ini akan menyebabkan akibat yang teruk bagi keluarga dan masyarakat.

"Namun kita boleh mengatasinya bersama dengan kekal bersatu," ujarnya. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg