Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelombang haba diramal kembali ke China

Jul 23, 2022 | 5:30 AM
AMARAN MERAH: Beberapa tempat mengeluarkan amaran merah - yang tertinggi dalam sistem amaran gelombang haba tiga peringkat - dan meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius. - Foto REUTERS
AMARAN MERAH: Beberapa tempat mengeluarkan amaran merah - yang tertinggi dalam sistem amaran gelombang haba tiga peringkat - dan meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius. - Foto REUTERS -

BEIJING: Gelombang haba diramal akan kembali ke China dalam tempoh 10 hari akan datang dengan suhu tinggi dijangka dari timur ke barat negara itu.

Beberapa bandar semalam sudah mengeluarkan amaran gelombang haba.

Suhu dijangka melonjak pada Sabtu, yang dijangka membentuk gelombang panas.

Pentadbiran Meteorologi China berkata peningkatan mendadak dalam suhu dijangka berlaku hari ini yang dikenali sebagai hari "panas besar".

Beberapa bandar di wilayah Zhejiang, yang menempatkan banyak kilang dan pengeksport, semalam mengeluarkan amaran tahap merah.

Ia adalah amaran tertinggi bagi sistem amaran tiga peringkat itu, dengan suhu dijangka melonjak sehingga 40 darjah Celsius dalam tempoh 24 jam berikutnya.

Beberapa hari lalu, bandar raya China merekodkan suhu panas melampau yang menyebabkan bumbung bangunan cair dan jalan raya menggelembung memaksa penduduknya berteduh di tempat perlindungan bawah tanah, diramal berlarutan selama beberapa hari.

Sebelum ini, 68 bandar termasuk Shanghai dan berhampiran Nanjing, mengeluarkan amaran merah - tertinggi dalam sistem amaran gelombang haba tiga peringkat - meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Bandar-bandar terbabit mengambil tindakan melindungi rakyat daripada panas terik, yang memecahkan rekod bagi Julai di bahagian timur wilayah Jiangsu dan bandar jiran, Shanghai.

Shanghai, yang masih memerangi penularan sekali-sekala Covid-19, memberi amaran kepada 25 juta penduduknya supaya bersedia menghadapi cuaca panas.

Suhu di bandar Yixing di Jiangsu meningkat setinggi 41.3 darjah Celsius, kata Pentadbiran Meteorologi China hari ini.

Tanda pagar #Heatstroke atau strok haba menjadi popular di media sosial dengan 2.45 juta tontonan di wadah sosial Weibo untuk perbincangan mengenai orang yang dimasukkan ke hospital dan kesan buruk pendedahan haba jangka panjang.

Pakar menyalahkan perubahan iklim global kerana cuaca luar biasa.

Secara khusus, bandar Luzhou dan Yibin di Sichuan; Zhaotong di Yunnan; Shaoxing, Ningbo, Jiaxing dan Huzhou di Zhejiang serta Changzhou dan Wuxi di Jiangsu, mencecah suhu kira-kira 40 hingga 42 darjah Celsius. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg