Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa bumi meletus di pantai timur Taiwan

Sep 17, 2022 | 10:48 PM
ANGIN KENCANG: Seorang lelaki dilihat duduk di benteng penahan ombak sedang Taufan Muifa semakin menghampiri Taiwan, di bandar New Taipei, pada 12 September lalu. - Foto
ANGIN KENCANG: Seorang lelaki dilihat duduk di benteng penahan ombak sedang Taufan Muifa semakin menghampiri Taiwan, di bandar New Taipei, pada 12 September lalu. - Foto - EPA-EFE

TAIPEI: Satu gempa bumi sekuat 6.6 mengikut skala Richter telah meletus di pantai timur Taiwan hari ini (17 Sep), menurut Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu meletus selepas 9.30 malam kira-kira 50 kilometer (km) ke utara bandar Taitung, pada kedalaman sekitar 10km, kata USGS.

Gempa itu dapat dirasakan merentasi Taiwan, menurut biro cuaca Taiwan. Bangunan bergerar seketika di ibu kota Taipei.

Jabatan Bomba Taiwan berkata, ia belum menerima apa-apa laporan tentang kerosakan. Taiwan berada di simpang antara dua plat tektonik dan kerap menghadapi gempa bumi.

Lebih 100 orang maut dalam satu gempa di selatan Taiwan pada 2016, sementara satu gempa berukuran 7.3 membunuh lebih 2,000 orang pada 1999. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg