Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa bumi sekuat 6.4 magnitud berlaku di selatan Filipina, gegaran turut dirasakan di Indonesia

Sep 29, 2019 | 3:45 PM
Gempa bumi berlaku di wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada 10.02 pagi waktu tempatan pagi tadi. - Foto USGS
Gempa bumi berlaku di wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada 10.02 pagi waktu tempatan pagi tadi. - Foto USGS -

JAKARTA/MANILA - Gempa bumi sekuat 6.4 magnitud melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pagi tadi (29 September) dan gegaran itu turut dirasakan di wilayah Utara Sulawesi di Indonesia tengah.

Gempa itu meletus berdekatan sempadan kedua-dua negara, kata Encik Widyatmoko, pegawai bertanggungjawab di agensi meterologi dan geofizik Indonesia.

"Gempa itu berpusat di wilayah Filipina tetapi ia berlaku berdekatan sempadan Indonesia dan Filipina," katanya.

Tiada kemungkinan berlakunya tsunami, kata agensi meteorologi dan geofizik Indonesia setelah gempa bumi itu berlaku.

Indonesia terdedah kepada gempa bumi, kerana ia terletak di zon "Pacific Ring of Fire".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg