Gempa di Osaka cetus kemusnahan harta benda
Kanak-kanak 9 tahun mati dihempap dinding; dua warga senja 80-an tahun turut terbunuh
Jun 19, 2018 | 05:30 AM
TOKYO: Tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, disahkan meninggal dunia sementara beberapa yang lain dikhuatiri mati selepas gempa kuat melanda Osaka pagi semalam.
Menurut laporan The Straits Times, berdasarkan catatan rasmi pada 11.45 pagi waktu tempatan (10.45 pagi waktu Singapura), sekurang-kurangnya 61 orang cedera