Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa di Turkey: Inflasi kekal lebih 40%, bajet tambahan diperlukan

Feb 24, 2023 | 04:59 PM



ANKARA: Gempa bumi dahsyat di Turkey akan mengekalkan kadar inflasi melebihi 40 peratus, menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada Jun ini, dan memerlukan belanjawan tambahan, kata seorang pegawai pemerintah dan empat ahli ekonomi.


Mereka meramalkan gempa pada 6 Februari itu, yang meragut lebih 43,000 jiwa, akan menelan kos ekonomi lebih AS$50 bilion ($67) selaras dengan unjuran ahli ekonomi lain.


Lonjakan harga barangan dan perkhidmatan, termasuk makanan dan perumahan, akibat gangguan yang disebabkan gempa itu, bermakna kadar tinggi inflasi Turkey akan jatuh dalam beberapa bulan akan datang jauh kurang daripada jangkaan sebelumnya, kata mereka.


Presiden Tayyip Erdogan sudah pun berdepan cabaran besar dalam bidang ekonomi, dengan inflasi yang melambung menjejas popularitinya, dan gempa itu pula menambah kesukaran menjelang pilihan raya presiden dan parlimen.


Secara berasingan, mata wang lira memberikan cabaran lain, dengan data bank pusat menunjukkan rizab bersih merosot AS$7 bilion sejak gempa, dan bank menjangka langkah selanjutnya daripada pihak berkuasa untuk mengurangkan permintaan pertukaran asing.


Inflasi mencecah paras paling tinggi dalam 24 tahun, iaitu melebihi 85 peratus, pada Oktober.


Ini didorong beberapa siri pemotongan kadar faedah yang tidak lazim, yang diusahakan oleh Encik Erdogan, sebelum ia turun kepada 58 peratus pada Januari, dengan kesan asas yang menggalakkan.


Kadar inflasi dijangka terus turun sekitar 35 hingga 40 peratus, menjelang Jun, tetapi ekoran bencana gempa itu, empat ahli ekonomi, yang tidak mahu nama mereka didedahkan, kini meramalkan inflasi pada kadar 42 hingga 46 peratus pada masa pilihan raya nanti.


“Kesan bencana gempa itu, inflasi mungkin mencecah sekitar 40 hingga 50 peratus,” ujar seorang pegawai pemerintah, yang enggan namanya didedahkan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada umum mengenai isu itu.


“Gangguan terhadap pengeluaran dan kenaikan harga perumahan serta kadar sewa hampir 100 peratus di beberapa tempat ekoran pemindahan penduduk telah meninggalkan kesan sangat negatif,” kata pegawai itu.


Kenaikan kos binaan juga menimbulkan masalah, ujarnya.


Lebih dua juta orang dianggarkan berpindah dari kawasan-kawasan yang dilanda gempa itu, mengakibatkan kadar sewa rumah melonjak di wilayah lain, kata ahli ekonomi.


Rantau itu membentuk 19 peratus pengeluaran pertanian pada 2022, oleh itu inflasi makanan dijangka meningkat.


Bencana gempa itu juga mengakibatkan pemerintah menghadapi cabaran jangka panjang dari segi belanjawan.


Jumlah pinjaman meningkat kepada 661 bilion lira ($47 bilion) berdasarkan belanjawan 2023, tetapi pegawai berkenaan berkata jumlah itu buat masa ini belum mencukupi.


“Mengakhiri tahun ini dengan bajet semasa nampaknya tidak mudah. Bajet tambahan akan diperlukan,” kata pegawai itu.


Penguasa kewangan Turkey tidak segera memberikan respons terhadap permintaan untuk mengulas isu itu.


Ahli ekonomi menganggarkan nisbah defisit bajet dan Keluaran Kasar Dalam Negeri (GDP) bagi 2023 sekitar 3.5 peratus sebelum terjadinya gempa bumi, tetapi sekarang ramalkan itu meningkat kepada 5 peratus. 


Industri di zon gempa juga menghadapi masalah besar, dengan pekerja enggan kembali bekerja selepas bencana itu kerana mereka masih terjejas oleh trauma bencana yang berlaku hanya dua minggu lalu, kata Encik Mehmet Buyukeksi, seorang ahli lembaga pengeluar kasut terkemuka Ziylan Kumpulan. – Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >