TOKYO - Satu gempa kuat berskala 5.9 melanda pantai timur Jepun pada awal Khamis (25 Jun), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. Pusat gempa, yang melanda pada kedalaman 25.4 kilometer, terletak di lepas pantai kira-kira 41 kilometer ke arah tenggara Hasaki di wilayah Chiba, timur Tokyo. Agensi Meteorologi Jepun, yang melaporkan gempa itu berskala 6.2, berkata di laman webnya bahawa gempa tersebut "tidak menimbulkan risiko tsunami". Gegaran itu, yang melanda pada 4.47 pagi (3.47 pagi waktu Singapura), dialami di daerah Tokyo yang lebih besar, lapor media tempatan. - AFP
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg