Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa landa Nepal, 6 terkorban

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



KATHMANDU: Gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter melanda Nepal awal semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan memusnahkan beberapa rumah di daerah barat Doti, dengan gegaran terasa hingga di ibu kota India, New Delhi, kata pihak berkuasa.



Lima orang lagi cedera parah apabila lapan rumah runtuh, kata Encik Bhola Bhatta, timbalan penguasa polis Doti, mengesahkan angka awal yang didedahkan pegawai kementerian dalam negeri, Encik Tulsi Rijal.



Media tempatan menunjukkan gambar rumah yang musnah akibat gempa bumi dan penyelamat menggali runtuhan untuk mencari mangsa yang terselamat. Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan hilang, kata jurucakap tentera Nepal, Brigadier Jeneral Narayan Silwal.



Nepal masih dalam proses pembangunan selepas dua gempa bumi besar pada 2015 mengorbankan hampir 9,000 orang, memusnahkan bandar dan kuil berusia berabad dan menyebabkan kos AS$6 bilion ($8.39 bilion) kepada ekonomi.



Doti terletak kira-kira 430 kilometer (km) di barat ibu kota, Kathmandu.



Seorang saksi, Encik Ram Upadhyay, pengerusi majlis luar bandar Purbi Chowki di daerah Doti, berkata beliau berada di kampung berhampiran apabila gempa berlaku pada 2.12 pagi waktu Nepal.



"Ia bergegar hebat dan saya bergegas keluar serta-merta. Sekarang kami sedang mengumpul butiran termasuk mayat mangsa."



Perdana Menteri, Encik Sher Bahadur Deuba, menulis di Twitter, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.



"Saya telah mengarahkan agensi berkaitan supaya mengatur rawatan segera dan sewajarnya kepada mangsa yang cedera."



Pasukan penyelamat tentera Nepal telah dikejarkan ke lokasi, kata Jeneral Silwal, dan dua helikopter sedang bersiap sedia di bandar Surkhet dan Nepalgunj berdekatan.



Cik Kalpana Shrestha, seorang birokrat kanan daerah Doti, berkata butiran sedang dikumpul dari kampung berhampiran pusat gempa dan seorang kanak-kanak antara yang diselamatkan dari bawah runtuhan.



Pusat seismologi Nepal menjejak gempa bumi pada magnitud 6.6. Sementara Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) pula merakamkan gempa bumi pada magnitud 5.6.



Gempa bumi itu berpusat sekitar 158 km timur laut Pilibhit, sebuah bandar padat penduduk di negara jiran India Uttar Pradesh, dan berlaku pada kedalaman 10 km, tambah EMSC.



Laporan media selepas gempa itu menunjukkan gegaran turut dirasai di New Delhi dan kawasan sekitarnya, sekitar 350 km dari Doti. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >