Topik diikuti
Pergi ke BHkuGempa magnitud 5.9 landa Flores: USGS
Gempa magnitud 5.9 landa Flores: USGS
Gempa magnitud 5.9 landa Flores: USGS
Gempa dengan magnitud awal 6.2 itu berlaku 250 kilometer di barat daya Ende di Flores. -
Oct 2, 2018 | 3:17 PM
ENDE: Satu gempa bumi dengan magnitud awal 6.2 direkodkan berlaku berhampiran pulau selatan Indonesia di Flores, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.
Gegaran itu, empat hari selepas gempa bumi kuat di Sulawesi mengorbankan sekurang-kurangnya 844 orang.
Gempa berkenaan, berlaku sejauh 250 kilometer di barat daya di sini, kemudian diturunkan USGS kepada magnitud 5.9.
Tiada amaran tsunami atau laporan berkaitan kematian atau kerosakan dikeluarkan. -Reuters