Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa sekuat 5.6 gegar Taipei

May 12, 2016 | 03:26 PM



TAIPEI: Bangunan bergegar dengan kuat di ibu kota Taiwan ini pada Khamis (12 Mei) apabila gempa bumi sekuat 5.6 melanda di luar pantai timur laut pulau itu, dengan gempa susulan kuat.



Gempa cetek itu melanda di timur bandar pantai Yilan, 60km dari Taipei, pada kedalaman 10 kilometer pada 11.17 pagi waktu tempatan, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).



Hanya terdapat kerosakan kecil, ujar jabatan bomba Yilan.



Pemberita AFP di Taipei berkata gempa itu menggegarkan bangunan pencakar langit.



Media tempatan juga melaporkan tentang bekalan kuasa terputus dan orang terperangkap dalam lif, dengan kanak-kanak menjerit lari meninggalkan bilik darjah di Yilan.



Biro cuaca pusat Taiwan sebelum itu melaporkan dua gempa susulan lain, kedua-duanya sekuat 4.4.



Pada Februari lalu, gempa sekuat 6.4 pada skala Richter menyebabkan 117 orang mati apabila kompleks apartmen runtuh di bandar selatan Tainan.



Taiwan terletak berhampiran simpang dua plat tektonik dan kerap dilanda gempa bumi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >