Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Gempa Sulawesi: Penyelamat beri amaran kesihatan sedang jumlah mayat yang ditemui meningkat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Gempa Sulawesi: Penyelamat beri amaran kesihatan sedang jumlah mayat yang ditemui meningkat

Oct 06, 2018 | 04:30 PM

 

 

PALU, INDONESIA: Pasukan penyelamat di kawasan bencana Palu, yang masih menemui mayat reput di bawah runtuhan bangunan, mengeluarkan amaran kesihatan awam baru  pada Sabtu (6 Oktober).

Lebih seribu orang mungkin masih belum ditemui di kota yang terletak di tepi pantai di pulau Sulawesi itu, kata pihak berkuasa di sana, selepas kawasan itu dilanda gempa kuat dan tsunami. Setakat ini, angka kematian rasmi ialah 1,571.

 Harapan menemui manga yang masih hidup - selang lapan hari bencana melanda - kini pudar, walau pihak berkuasa di Indonesia belum lagi, secara rasmi, menghentikan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut laporan AFP, ada keprihatinan bahawa ribuan lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan di Petobo dan Balaroa - dua kawasan yang punah-ranah - dan pihak berkuasa telah mengarahkan bekas penduduk di kawasan itu supaya jangan memasukinya sebelum pasukan penyelamat berbuat demikian.

“Kebanyakan mayat yang kami temui tidak sempurna… dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada penyelamat. Kami perlu berwaspada untuk mengelak sebarang jangkitan kuman,” kata Yusuf Latif, jurucakap bagi pasukan mencari dan menyelamat di Palu.

“Buat masa ini, kami telah memberi vaksin kepada pasukan kami, tetapi kami perlu bertindak dengan lebih waspada… terutama kerana pihak awam masih memasuki kawasan dan mendedahkan diri mereka kepada bahaya,” ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3