Topic followed successfully
Go to BHkuGempa, tsunami landa Sulawesi
Premium
Gempa, tsunami landa Sulawesi
Lebih 380 dilapor terkorban apabila bandar Palu ditimpa bencana
Sep 30, 2018 | 5:30 AM
Gempa, tsunami landa Sulawesi
JAKARTA: Seramai 384 orang terkorban apabila satu gempa kuat disusuli gelombang besar tsunami, melanda bandar Palu di kepulauan Sulawesi Tengah, Indonesia kelmarin.
Gempa susulan kuat terus menggegarkan bandar tepian pantai itu pagi semalam selepas gelombang setinggi dua meter melanda bandar pelancongan yang indah itu, yang berpunca dari gempa di darat yang berukuran 7.5 pada skala Richter.

