Topik diikuti
Pergi ke BHkuGencatan senjata bermula di Yaman
Gencatan senjata bermula di Yaman
Berkuat kuasa semalam sedang pakatan Arab Saudi dan pemberontak hadiri rundingan damai
Gencatan senjata bermula di Yaman

-
Dec 16, 2015 | 5:30 AM
ADEN (Yaman): Gencatan senjata di Yaman bermula semalam, bukan tengah malam kelmarin seperti diumumkan sebelumnya ketika pihak yang bersengketa bersiap sedia menghadiri rundingan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland, kata tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.
Pasukan tentera antarabangsa yang melancarkan serangan udara terhadap pemberontak yang disokong Iran Mac lalu, berkata gencatan senjata akan bermula pada 12 tengah hari waktu tempatan berikutan permintaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, tetapi memberi amaran ia "berhak bertindak balas jika berlaku pencabulan".
