Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gencatan senjata yang diusul Putin dilihat sebagai helah

Jan 07, 2023 | 05:30 AM



KYIV/BAKHMUT (Ukraine): Langkah Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengusulkan gencatan senjata selama 36 jam di Ukraine semasa sambutan Krismas Ortodoks, telah ditolak Kyiv, sehingga Moscow mengundurkan tenteranya dari tanah yang diduduki.



Amerika Syarikat dan Jerman pula membuat pengumuman bersama mahu membekalkan Ukraine dengan kenderaan tempur berperisai - dilihat sebagai satu dorongan untuk Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, yang telah menggesa sekutu Barat agar menyediakan tenteranya dengan kenderaan berperisai dan senjata berat sejak berbulan-bulan lalu.



Sebanyak 50 Kenderaan Tempur Bradley akan dimasukkan dalam pakej AS$2.8 bilion ($3.7 bilion).



Jerman berkata ia akan menghantar Kenderaan Tempur Infantri Marder, berikutan pengumuman oleh Perancis pada Rabu lalu bahawa ia akan menghantar kenderaan tempur berperisai AMX-10 RC.



Kremlin berkata, Encik Putin telah mengarahkan tentera Russia untuk menghentikan serangan mulai tengah hari semalam di seluruh bahagian hadapan, sebagai respons kepada seruan untuk gencatan senjata sempena Krismas daripada Patriarch Kirill dari Moscow, ketua Gereja Ortodoks Russia, yang juga sekutu rapat Encik Putin.



"Berdasarkan fakta bahawa sebahagian besar rakyat yang menganut Ortodoks tinggal di kawasan permusuhan, kami menyeru pihak Ukraine untuk mengisytiharkan gencatan senjata dan membenarkan mereka menghadiri acara keagamaan pada Malam Krismas, dan juga pada Hari Krismas," kata Encik Putin dalam perintahnya.



Gereja Ortodoks Russia menyambut Krismas pada 7 Januari.



Gereja Ortodoks utama Ukraine telah menolak kuasa patriark Moscow dan ramai penganut Ukraine telah menukar kalendar mereka untuk menyambut Krismas pada 25 Disember seperti di negara Barat.



Gencatan senjata sebenar di Ukraine berlaku pada Mei tahun lalu apabila kedua-dua pihak menghentikan pertempuran sengit di pelabuhan Mariupol yang musnah untuk membenarkan tentera Ukraine menyerah diri di sana.



Pada malam Khamis lepas, Encik Zelensky menuduh Russia mahu menggunakan gencatan senjata sebagai helah untuk menghentikan kemajuan Ukraine di kawasan perindustrian strategik dan barisan hadapan timur yang dikenali sebagai Donbas.



"Mereka kini mahu menggunakan Krismas sebagai alasan, walaupun secara ringkas, untuk menghentikan kemaraan anak-anak lelaki kami di Donbas dan membawa peralatan, peluru dan tentera yang digerakkan lebih dekat ke kedudukan kami," kata Encik Zelensky dalam ucapan video harian tetapi kali ini dalam bahasa Russia sebagai menekankan maksud tindakan Russia mahu mengadakan gencatan senjata. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >