NAHAS PESAWAT: Bangkai pesawat Airbus A320 milik Pakistan International Airlines terdampar di tengah-tengah kawasan kediaman di Karachi, Pakistan pada 24 Mei. Siasatan pihak berkuasa menunjukkan kemalangan pesawat yang mengorbankan 97 orang berpunca daripada kesilapan juruterbang dan kawalan lalu lintas udara. - Foto EPA-EFE -
BANTAHAN: Sekumpulan aktivis di Surabaya kelihatan keluar menunjuk perasaan pada 19 November lalu. Mereka membantah undang-undang baru berkontroversi yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Oktober lalu. Undang-undang itu yang dikritik kerana dianggap memihak kepada pelabur dengan mengorbankan hak pekerja dan alam sekitaran. - Foto -
TUNJUK PERASAAN: Seorang penunjuk perasaan pro-demokrasi memberi isyarat di hadapan polis rusuhan ketika mereka mengambil bahagian dalam demonstrasi untuk mengecam penggunaan undang-undang lese majeste, di Bangkok pada 10 Disember 2020. - Foto AFP -
RUSUHAN: Bantahan yang bermula akibat rasa tidak puas hati terhadap sebuah undang-undang kewarganegaraan di India merebak menjadi keganasan antara kaum. Foto diambil pada 24 Februari - Foto REUTERS -
LETUPAN: Sebuah helikopter kelihatan memadamkan kebakaran di lokasi letupan di pelabuhan Beirut di ibu negara Lebanon pada 4 Ogos. Pihak berkuasa Lebanon berkata letupan itu dipercayai berpunca daripada 2,750 tan ammonia nitrat yang disimpan secara cuai di gudang dekat Pelabuhan Beirut sejak 2013. Tragedi itu mengorbankan hampir 150 orang, manakala sekurang-kurangnya 5,000 mangsa cedera dan keseluruhan daerah dan bandar musnah. - Foto AFP -
KAWAL KEBAKARAN: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales melakukan pembakaran terkawal untuk menghilangkan bahan bakar sebelum musim kebakaran yang menjelang di pinggir bandar Arcadia, Sydney, Australia pada 8 September 2020. - Foto REUTERS -
JALIN HUBUNGAN: Foto yang diambil pada 15 September menunjukkan (dari kiri) Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Menteri Luar Bahrain Abdullatif al-Zayani, dan Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) Abdullah bin Zayed Al-Nahyan melambai dari Balkoni Truman di Rumah Putih setelah mereka menandatangani Perjanjian Abraham di mana Bahrain dan UAE mengiktiraf Israel. - Foto AFP -

TIADA benua di dunia ini yang terkecuali dari jangkitan wabak Covid-19.
Pandemik Covid-19 turut menjadi sorotan dada-dada akhbar dan tajuk berita utama di rantau Asia.
Namun demikian, terdapat juga beberapa kejadian bukan Covid-19 yang telah berlaku di Asia yang turut menjadi topik perbualan warga.
Ini termasuk lanjutan tunjuk perasaan di Hong Kong yang bermula pada tahun lalu setelah China memperkenalkan rang undang-undang keselamatan nasional dan melimpah masuk ke tahun ini.
Bantahan besar-besaran turut berlaku di Indonesia menyusuli pembentangan rang undang-undang omnibus yang menjejas pekerja.
Begitu juga di India, rusuhan berlaku antara penyokong undang-undang kewarganegaraan dengan golongan yang menentang undang-undang itu.
Di Thailand, tunjuk perasaan telah berlangsung sejak awal tahun ini. Ia berpunca sebagai demonstrasi terhadap pemerintah Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, dan kini berlarutan menjadi tuntutan mendesak pembaharuan monarki Thailand.
Di Malaysia pula, kejutan berlaku apabila Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan, mengakibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri.
2020 juga menyaksikan beberapa bencana alam yang berlaku, antara yang paling teruk ialah kebakaran hutan di Australia yang bermula pertengahan tahun lalu dan bersambung hingga Mac lalu.
Kemalangan dan korban nyawa akibat pesawat yang terhempas di Pakistan turut menjadi tumpuan media tahun ini. Dalam kejadian di Karachi itu, sebuah pesawat Airbus A320 milik Pakistan International Airlines terhempas dekat sebuah kawasan perumahan menyebabkan 97 orang terbunuh.
Di Tehran pula, pasukan pertahanan udara Iran tersalah tembak sebuah pesawat awam Ukraine, menyebabkan 178 orang terkorban.
Satu lagi kemalangan yang mendapat sorotan dunia ialah letupan besar-besaran yang berlaku dekat sebuah pelabuhan di Beirut, ibu kota Lebanon.
Di tengah-tengah pergolakan pandemik dan keganasan politik, ada beberapa negara yang mengambil peluang membuka lembaran baru dengan menjalin hubungan diplomatik.
Israel, UAE dan kemudiannya Bahrain bersetuju menjalin hubung diplomatik.
Berikut imbasan detik-detik bersejarah sepanjang 2020...