Topik diikuti
Pergi ke BHkuGerakan tinggalkan Barisan Nasional, Sharizat tinggalkan politik

Gerakan tinggalkan Barisan Nasional, Sharizat tinggalkan politik
KUALA LUMPUR, PETALING JAYA -- Parti Gerakan Malaysia menjadi parti terkini keluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
Jawatankuasa Pusat Gerakan dalam siaran akhbar pada hari Sabtu (23 Jun) berkata parti yang didominasi masyarakat Cina itu sebulat suara memutuskan meninggalkan BN berikutan kekalahan di tangan Pakatan Harapan pada PRU14.
"Keputusan itu dibuat selepas perbincangan serius dan menyeluruh, refleksi dan pertimbangan perkembangan politik semasa negara selepas PRU14. Sentimen akar umbi diambil kira sementara pemilihan di peringkat cawangan dijalankan di seluruh negara," kata jawatankuasa pusat itu.
Jawatankuasa itu menambah bahawa Gerakan "benar-benar perlu" memulakan kembara politik baru dengan bebas dalam mengejar apa yang dipercayai sebagai terbaik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia.
"Keputusan itu selaras dengan aspirasi baru, keperluan dan tuntutan rakyat pasca-GE14, kami memutuskan bahawa Gerakan mesti melakar arah baru untuk berdaya tahan dan meneruskan perjuangan kami," tambah jawatankuasa pusat itu.
"Kami akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang sealiran, individu dan kumpulan demi kepentingan negara bagi menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia, kami amat komited untuk memelihara cara hidup Malaysia seperti yang kita tahu dan kami mahu secara kolektif sebagai rakyat Malaysia, "kata jawatankuasa pusat itu.
Sementara itu, Ketua wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan keputusan meninggalkan politik.
"Satu perkara yang perlu kita ketahui dalam politik ialah bila masa berhenti.
"Saya telah lama terlibat... Ini adalah masa bagi saya berhenti dan memberi laluan kepada yang lebih muda, lebih segar," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno.
Beliau tidak mempertahankan jawatannya dalam parti bagi pemilihan kali ini dan telah melepaskan semua jawatan di peringkat cawangan, bahagian, dan kebangsaan.
Tan Sri Shahrizat, 65 tahun, menjadi ketua Wanita Umno pada 2009 selepas mengalahkan Tan Sri Rafidah Aziz.