Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerhana matahari anulus di Afrika, Asia

Jun 20, 2020 | 4:37 PM
f256dbbf-51d8-4443-8323-e80773ba1036
-

PARIS: Pemerhati langit dari Afrika Barat sehingga Semenanjung Arab, India dan selatan China berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam, gerhana matahari anulus esok. Ketika gerhana matahari anulus, sebahagian kecil matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari bulan yang gelap di tengah-tengahnya. Fenomena yang berlaku ketika bulan melintasi antara bumi dan matahari - tidak terlalu hampir dengan bumi dan tidak terlindung sepenuhnya daripada cahaya, meninggalkan kesan lingkaran yang boleh dilihat. Gerhana matahari anulus itu berlaku dalam tempoh satu atau dua tahun dan hanya boleh dilihat dari laluan sempit melintasi planet. Cincin berapi itu akan mula kelihatan di Congo pada jam 5.56 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas matahari terbit. Ketika fenomena itu berlaku, beberapa kawasan akan bergelap selama satu minit 22 saat. Fenonema itu akan melintasi dari timur ke seberang Asia dan Afrika dan ia akan mencapai gerhana maksimum dengan lingkaran cahaya sempurna di Uttarakhand, India sekitar jam 12.10 tengah hari waktu tempatan. Pakar astrofizik, Fred Espenak, berkata cuaca memainkan peranan penting untuk melihat fenomena terbabit. "Cuaca yang baik menjadi kunci utama kejayaan menyaksikan fenomena gerhana. Adalah lebih baik menyaksikan gerhana yang singkat dalam cuaca yang baik berbanding gerhana dalam tempoh yang lama jika keadaan berawan," katanya. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg