Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gesa adakan akta larang lompat parti demi stabilkan kerajaan M'sia

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli politik kanan di Malaysia menggesa agar undang-undang dan tindakan diambil supaya tidak merosakkan kemantapan negara selepas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baru negara itu.



Ini termasuk kenyataan Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa pihaknya akan menyokong pindaan undang-undang untuk mencegah tindakan melompat parti, yang boleh menyebabkan keadaan tidak stabil politik dan kerajaan.



Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pula menyatakan usul undi percaya terhadap perdana menteri baru di Parlimen tidak lagi perlu dilakukan kerana ia memberi risiko berulangnya pergolakan politik dalam negara.



Pada masa sama, blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) juga menyuarakan bahawa mereka secara prinsipnya sedia memberi sokongan kepada Datuk Ismail Sabri dalam usul undi percaya bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.



Datuk Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia pada Sabtu lalu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat.



Datuk Tuan Ibrahim berkata akta lompat parti dapat diwujudkan bagi mengelakkan pertukaran kerajaan pada masa akan datang.



Menurutnya, akta tersebut perlu digubal bagi memastikan politik negara berada pada tahap stabil dan tidak berlaku pengkhianatan terhadap parti.



"Perlu ada undang-undang berkaitan lompat parti. Jika tiada, tidak mustahil akan berlaku lagi pertukaran kerajaan dan perkara ini akan berulang semula. Kalau adakan akta ini, orang yang menang tidak akan tinggalkan dan lompat kepada parti lain.



"PAS cuba pelbagai kaedah dalam parti supaya kalau menang, berjanji tidak akan melompat. Kalau lompat, haramlah gaji," katanya semasa satu ceramah maya isu semasa yang disiarkan di KelantanTV Isnin lalu.



Mengenai usul undi percaya terhadap perdana menteri baru di Parlimen, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak fikir perkara itu (elok dilakukan) kerana kita tak nak tukar sekali lagi Perdana Menteri.



"Kalau ke Parlimen, jika beliau (Datuk Ismail Sabri) tak dapat majoriti, (Perdana Menteri) kena tukar lain dan dunia ketawakan kita," katanya pada satu sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi semalam.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gesaan pengerusi jemaah penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, agar undi percaya terhadap Perdana Menteri dibuat segera di Parlimen.



Sementara itu, blok pembangkang PH menyatakan pihaknya akan memberi sokongan kepada Datuk Ismail Sabri sekiranya dasar dan program dilaksanakan Perdana Menteri itu prorakyat dan mampu menyelesaikan isu pandemik Covid-19.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata: "Kita beritahu kalau keadaan ini dan program agak prorakyat, kita tidak akan mempersulitkan (undi percaya)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra semalam.



Datuk Anwar, yang juga pengerusi Pakatan, mengatakan pembangkang bersetuju bahawa isu Covid-19 seperti pengangguran dan kemiskinan harus menjadi keutamaan negara.



Datuk Anwar juga mengatakan Pakatan tidak melobi sebarang jawatan dalam kerajaan Datuk Ismail Sabri semasa pertemuan beliau dengan mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >