Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

AS gesa rakyat Israel, Palestin redakan ketegangan

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, kelmarin menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak menyusuli kes pembunuhan melibatkan rakyat dua negara itu.



Beliau membuat desakan demikian semasa lawatan ke Baitulmakdis, di tengah-tengah ketegangan terburuk sejak 2008 itu, sekali gus menekankan visi keamanan dua negara jiran yang didukung Amerika, sebagai satu-satunya laluan ke hadapan, di kawasan persengketaan itu.



Pada Jumaat lalu, tujuh orang ditembak mati di luar rumah ibadat di Baitulmakdis Timur.



Penembak berusia 21 tahun itu, yang dilaporkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan militan ataupun rekod keselamatan, kemudiannya dibunuh oleh polis Israel.



Sehari sebelum itu, Israel menjalankan serbuan ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat dan membunuh 10 warga Palestin.



Sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin, termasuk pejuang dan orang awam, mati dalam keganasan yang meningkat sejak 1 Januari lalu, kata pegawai perubatan.



"Mmenjadi tanggungjawab setiap orang untuk mengambil langkah meredakan ketegangan dan bukannya mengapi-apikan mereka," kata Encik Blinken kepada pemberita selepas mendarat di Tel Aviv.



Mengulas tentang serangan di kuil itu, beliau berkata ia "lebih daripada serangan ke atas individu. Ia juga merupakan serangan terhadap tindakan universal mengamalkan kepercayaan seseorang. Kami mengutuknya dengan sekeras-kerasnya".



Pada masa sama, beliau turut menekankan perlunya kedua-dua negara itu menjamin keamanan.



"Kami mengecam semua mereka yang meraikan hal ini dan sebarang tindakan keganasan lain yang meragut nyawa yang tidak bersalah, tidak kira siapa mangsa atau apa yang mereka percayai. Seruan untuk membalas dendam terhadap lebih ramai mangsa yang tidak bersalah bukanlah jawapannya."



Ini merupakan lawatan pertama Encik Blinken ke Israel dan wilayah Palestin yang dijajah rejim itu sejak gabungan parti berhaluan kanan menguasai tampuk pemerintahan lewat tahun lalu.



Encik Blinken dijadual bertemu Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, semalam.



Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mengumumkan beberapa tindakan menghukum warga Palestin susulan serangan yang mengorbankan tujuh penduduk Israel dan mencederakan lima yang lain.



Antaranya termasuk memperkukuh perlindungan penempatan Yahudi dan memudahkan warga Israel memiliki senjata api dan meningkatkan gerakan merampas semua senjata haram di wilayah berkenaan.



"Ini akan memudahkan rakyat Israel mendapatkan permit bagi memiliki senjata, sekali gus mengurangkan keganasan terhadap mereka.



Pusingan terakhir rundingan tajaan Amerika mengenai penubuhan negara Palestin bersama Israel terhenti pada 2014.



Semasa pertemuan dengan Encik Netanyahu di Baitulmakdis, Encik Blinken menyatakan penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan persengketaan ini.



Namun, tinjauan Pusat Dasar dan Penyelidikan Palestin minggu lalu menunjukkan 33 peratus rakyat Palestin dan 34 peratus Yahudi Israel mengatakan mereka menyokongnya, penurunan ketara daripada data yang dikumpul pada 2020.



Malah, dua pertiga rakyat Palestin dan 53 peratus Yahudi Israel berkata mereka menentang penyelesaian dua negara. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >