Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Gesa tingkat hukuman jika seleweng beras

Oct 13, 2023 | 12:28 PM



KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 perlu dipinda supaya pihak yang menyeleweng bekalan beras dapat dikenakan hukuman lebih berat.


Cadangan itu disuarakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen (AP) Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Noor, ketika mempengerusikan sesi rundingan berkaitan isu menyorok beras di Kamar Khas di Parlimen pada Khamis.

“Hukuman yang disebut itu RM25,000 ($7,201) dan RM50,000. Saya cadangkan kementerian pindalah (hukuman) minimum (dinaikkan) RM100,000, maksimum RM500,000.

“Kedah ini dekat di hati saya. Saya lihat ‘tauke-tauke’ ini buat duit ‘sap sap soi’ (senang) saja (nak bayar denda kalau setakat RM25,000 dan RM50,000).

“Jadi dicadangkan kementerian ambil maklum (supaya) minimum (hukuman dinaikkan) RM100,000, maksimum RM500,000,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Encik Chan Foong Hin, berkata mengikut Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626, hukuman atau denda ditetapkan tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000.

Encik Chan berkata demikian menjawab hujahan Encik Zakri Hassan (PN-Kangar) yang mempersoalkan status hukuman longgar sehingga menyebabkan isu sorok bekalan barangan kawalan terus berlarutan hingga kini.

“Mengapa perkara ini tak boleh diselesaikan atau akta kita terlalu longgar yang menyebabkan kita tak boleh buat apa.

“Sebab isu ini tak boleh selesai sudah berpuluh tahun dari dulu sampai sekarang, kemungkinan akan berterusan berpuluh tahun akan datang,” katanya.

Pada sesi rundingan sama, beberapa AP bangkit menyuarakan pandangan semasa sesi rundingan terhadap usul dibawa Dr Mohammad Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1).

Dr Mohammed Taufiq ketika membacakan usul berkenaan, membangkitkan beberapa isu antaranya mengenai beras yang disita melalui Operasi Bersepadu Beras Putih tempatan (Op BPT) sama ada akan dibawa masuk semula ke pasaran untuk mengatasi kekurangan bekalan.

Dalam pada itu, beberapa AP yang turut serta rata-rata bersetuju bahawa hasil kes yang dikesan dalam Op BPT di Kedah membuktikan dakwaan berlakunya penyelewengan dalam stok beras benar-benar berlaku.

Justeru, mereka menggesa kerajaan khususnya kementerian terbabit mempertingkatkan penguatkuasaan untuk memastikan pihak yang terbabit dalam kegiatan itu dapat dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >