Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gesaan agar bekas presiden Sri Lanka diberkas

Sep 03, 2022 | 05:51 PM



SRI LANKA: Mantan presiden Sri Lanka yang digulingkan, Gotabaya Rajapaksa, berdepan gesaan agar beliau diberkas sekembalinya ke tanah air dan kini mendapat perlindungan pemerintah yang mengambil alih selepas beliau melarikan diri.



Rajapaksa melarikan diri dari Sri Lanka selepas kediaman rasminya diserbu rakyat - beberapa bulan selepas bantahan terhadap pemerintahannya berlaku.



Rajapaksa, 73 tahun mengumumkan peletakan jawatannya semasa berada di Singapura dan menghabiskan masa berminggu di bawah tahanan rumah virtual di sebuah hotel di Bangkok, sambil menggesa penggantinya agar membenarkan beliau kembali.



Para pemimpin kempen bantahan yang menggulingkan pemerintahannya berkata Rajapaksa yang hilang imuniti presidennya selepas meninggalkan pentadbiran,  kini patut dihadapkan ke muka pengadilan.



"Gotabaya kembali kerana tiada negara yang ingin menerimanya, dan beliau tiada tempat bersembunyi," kata Encik Joseph Stalin, yang merupakan pemimpin kesatuan guru yang membantu mengerahkan para perusuh, kata agensi AFP.



"Beliau patut diberkas dengan segera kerana menyebabkan kesengsaraan bagi 22 juta rakyat Sri Lanka. Beliau patut dihukum atas jenayahnya."



Pemerintahan Rajapaksa didakwa menyebabkan salah pengurusan sedang ekonomi Sri Lanka meleset dengan teruk.



Krisis itu juga menyebabkan kekurangan makanan, elektrik terputus dan pengguna kenderaan beratur panjang di stesen minyak kerana bekalan yang kurang selepas negara itu tiada lagi mata wang luar negara untuk membayar keperluan barangan import.



Rajapaksa tiba di lapangan terbang antarabangsa Colombo di Sri Lanka dan telah diberi bunga oleh sekumpulan menteri dan ahli politik kanan yang menyambutnya apabila beliau turun dari pesawat.



Beliau kemudian dipandu dalam sebuah konvoi keselamatan ke kediaman rasmi barunya di ibu negara itu yang ditawarkan kepadanya oleh penggantinya, Presiden Ranil Wickremesinghe. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >