Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Gesaan supaya Umno jadi pembangkang, buat pembaharuan

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



SEDANG pembentukan kerajaan campuran yang merangkumi gabungan berbeza dilihat masih menemui jalan buntu semalam, gesaan supaya Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang sepenuhnya dan tidak perlu menyertai mana-mana kerajaan campuran semakin lantang disuarakan pemimpin utama gabungan itu.



Desakan kuat itu antara lain disuarakan Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil, yang menyatakan bahawa BN perlu menjadi pembangkang yang kuat untuk menyemak imbang kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.



"Tahniah kepada yang menang dan yang membentuk kerajaan, semoga anda menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan sebaiknya," ujar beliau menerusi laman Twitter beliau.



Encik Isham baru dilantik kelmarin sebagai Ketua Penerangan Umno oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menggantikan Encik Shahril Hamdan yang mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan Umno ekoran prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Encik Shahril turut menyatakan bahawa BN wajar duduk di blok pembangkang di Parlimen kerana jika bergabung sebagai kerajaan, ini akan menyebabkan gabungan itu dijadikan 'bahan' bagi lima tahun akan datang.



Tambahnya, jika BN yang kalah dalam pilihan raya itu dengan hanya memperoleh 30 kerusi menjadi sebahagian kerajaan, rasionalnya sukar untuk diterima rakyat bagaimana sebuah parti yang kalah boleh ada dalam kerajaan sedangkan parti yang dapat 70 atau 80 kerusi sebaliknya menjadi pembangkang.



Beliau berkata ini akan membawa kepada asbab dan motivasi untuk memastikan BN lebih dibenam lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).



"Lain ceritanya kalau kita ada pakatan prapilihan raya. Tapi tidak. Tiada 'moral standing' untuk kita terbabit dalam kerajaan.



"Kali ini, tiada pandemik atau perpecahan dalaman pihak yang menang pilihan raya, yang menuntut kita menjadi 'penyelamat' apa-apa keadaan. Tiada hujah atau justifikasi ala Mac 2020," ujar Encik Shahril.



Beliau juga berkata BN sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada agenda pembaharuannya dan bermuhasabah supaya dapat bangkit daripada kekalahan besar ini, bukan terganggu dengan menjadi sebahagian daripada kerajaan dan kemudian perlu memberi justifikasi berhubung pembabitannya selama lima tahun.



Dalam PRU15 yang menghasilkan keputusan Parlimen tergantung dengan tiada gabungan memiliki majoriti mudah buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi 73 kerusi Parlimen.



Sejak awal pagi kelmarin, gabungan itu telah mula tawar-menawar untuk mendapatkan sokongan daripada parti lain dan membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan.



Malah, kedua-dua Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memenangi 22 kerusi Parlimen dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi enam kerusi Parlimen dalam PRU15 juga berkata mereka bersedia bekerjasama dengan PN dan BN untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.



Blok Borneo GPS dan GRS itu juga menyatakan kesediaan Ahli Dewan Rakyat mereka untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.



Datuk Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN bagaimanapun berkata tiada sebarang rundingan yang dilakukan bersama ahli kepimpinan parti mengenai penyertaan BN dalam gabungan lain untuk membentuk kerajaan.



Namun, beberapa pemimpin BN dan PH termasuk Datuk Ahmad Zahid dan Datuk Anwar telah bertemu di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur semalam untuk membincangkan isu pembentukan kerajaan persekutuan.



Bagaimanapun di akhirnya, Datuk Anwar berkata rundingan bersama BN itu belum muktamad.



Encik Shahril berkata BN sudah lama 'berperang' dengan PH dan PN dan ini terbukti tatkala berdepan situasi dalaman yang tidak stabil ketika berada dalam kerajaan campuran bersama PN sebelum PRU15.



"Untuk sekarang, (langkah) terus bersama dengan mana-mana pihak amat janggal. Mungkin untuk mereka kurang janggal kerana kalau kita terbabit, mereka akan jadi peneraju dan kita sekadar pelengkap.



"Tapi kita buat cara kita. Kita kena ada 'kelas'. Kita kalah, mereka menang. Kita beri tumpuan kepada pembinaan semula parti ini," kata calon BN di kawasan Parlimen Alor Gajah di Melaka itu yang gagal menawan kerusi Parlimen itu dalam PRU15.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >