Premium
Giat banteras ekstremisme dan pengganas
Pemerintah Indonesia telah mengambil pelbagai usaha bagi menentang pengganasan. Ia mendakwa lebih 700 suspek pengganas antara 2002 dan 2015, dengan kadar sabitan hampir 100 peratus, menurut laporan Projek Penentangan Ekstremisme (CEP), sebuah pertubuhan tidak mencari keuntungan, tidak berpihak, yang dibentuk oleh sekumpulan bekas pemimpin dunia dan diplomat untuk memerangi ancaman ideologi ekstremis. Berikut sedutan laporan itu.
Feb 18, 2018 | 5:30 AM
JAGA KEAMANAN: Polis antipengganasan Indonesia melakukan serbuan di Surabaya pada 9 Disember lalu. Lebih 12 orang ditangkap tersebut sebagai usaha antipengganasan demi menjaga keamanan menjelang cuti Krismas dan Tahun Baru. - Foto AFP -
PENENTANGAN EKSTREMISME DALAM NEGERI
Sejak pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, Indonesia berusaha memperbaiki usaha perundangan dan penguatkuasaan undang-undang untuk melumpuhkan rangkaian ekstremis utama di negara ini.

