Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GIC labur taruhan minoriti dalam firma gas Jerman, Messer

May 31, 2023 | 5:16 PM
BUAT PELABURAN: GIC telah melabur dalam taruhan minoriti dalam Messer sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik.
BUAT PELABURAN: GIC telah melabur dalam taruhan minoriti dalam Messer sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik. - Foto GIC

FRANKFURT: Syarikat gas industri Jerman, Messer, pada Selasa berkata dana kekayaan negara Singapura, GIC, telah melabur dalam taruhan minoriti dalam perniagaan itu sebagai sebahagian daripada satu perkongsian strategik.

Hasil daripada pelaburan itu akan membantu Messer mengawal sepenuhnya usaha sama Messer Industries, membiayai pemerolehan saham daripada pemegang saham minoriti sebelumnya, CVC Capital Partners.

Messer akan menjadi pemilik tunggal Messer Industries, membawa semua kegiatannya di bawah satu bumbung.

Messer mencatatkan penjualan sebanyak 4.16 bilion Euro ($6.03 bilion) dengan pendapatan teras sebanyak 1.17 bilion Euro pada tahun kewangan lalu.

Usaha sama itu termasuk kebanyakan bekas perniagaan gas Linde di Amerika Utara serta kegiatan perniagaan Linde dan Praxair di Amerika Selatan, yang kedua-dua kumpulan terpaksa jual semasa penggabungan mereka.

Ia menjana pusing ganti (turnover) 2.59 bilion Euro pada tahun kewangan lalu, dengan pendapatan teras sebanyak 749 juta Euro.

“Pasaran global untuk gas industri adalah... industri yang tahan lama dan akan melihat peluang baru daripada peralihan hijau dalam jangka panjang,” kata timbalan ketua ekuiti swasta Eropah di GIC, Encik Henry Ormond.

Pengeluaran CVC akan selesai pada hujung 2023. Kedua-dua urus niaga ini dan pelaburan GIC tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

“Messer akan berkembang… pada tahun-tahun akan datang, secara organik dan melalui pemerolehan yang disasarkan – dan dengan itu, sebagai pakar gas industri milik persendirian terbesar di dunia, menjadi pencabar dinamik nombor satu kepada tiga syarikat terbesar dalam industri ini,” kata ketua eksekutif Messer, Encik Bernd Eulitz.

Agensi berita pada Selasa pertama kali melaporkan bahawa Messer menghampiri penjualan taruhan kepada GIC, meletakkan nilai syarikat Jerman itu pada lebih 12 bilion Euro termasuk hutang. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg