Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Glasier runtuh di Himalaya; hingga 170 orang dilapor hilang

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



INDIA (Lucknow): Ratusan pegawai tentera dikerahkan mencari orang yang hilang di kawasan pergunungan Himalaya semalam.



Hal ini berlaku ekoran pecahnya glasier yang selanjutnya mencetuskan tanah runtuh bercampur dengan air, batu dan habuk di lembah kawasan tersebut.



Akibatnya, paras air naik secara mendadak di kaki gunung yang puncaknya bernama Nanda Devi kelmarin.



Nanda Devi merupakan puncak kedua tertinggi di India.



Kesan daripada itu, projek hidroelektrik kecil bernama Rishiganga musnah dibawa arus di Sungai Dhauliganga.



Satu loji hidroelektrik lebih besar yang sebenarnya dalam proses pembinaan oleh syarikat pemerintah NTPC turut musnah.



Kebanyakan warga yang dilaporkan hilang merupakan pekerja di dua bangunan tersebut.



Menurut kumpulan penyelamat, sekitar 170 orang dilaporkan hilang bahkan ada yang terperangkap dalam terowong.



Setakat ini, 12 mayat berjaya ditemui.



"Bersandarkan maklumat pihak berkuasa setempat, sekitar 170 orang didapati hilang," ujar jurucakap Polis Sempadan India-Tibet, Encik Vivek Pandey.



Video yang dimuatnaikkan ke media sosial menunjukkan arus air deras melalui tapak empangan kecil hingga peralatan pembinaan dan jambatan musnah.



"Semuanya dibawa arus... manusia, lembu dan pokok," ujar Encik Sangram Singh Rawat, mantan anggota majlis kampung Raini - kampung terdekat dengan tapak projek Rishiganga.



Pasukan penyelamat kini menumpukan perhatian terhadap usaha menggerudi terowong sepanjang 2.5 kilometer di tapak projek kuasa hidro Tapovan Vishnugad.



Tapak yang dibina NTPC itu berada 5 kilometer ke hilir sungai. Mereka percaya sekitar 30 pekerja terperangkap di situ.



"Kami cuba memecahkan terowong ini, iaitu terowong sepanjang 2.5 kilometer," ujar Ketua Polis Negeri Ashok Kumar.



Menurut Encik Kumar, pasukan penyelamat berjaya menerokai jarak 150 meter ke dalam terowong. Namun, reruntuhan dan lecah melambatkan kerja menyelamat.



Seorang lagi pegawai menambah bahawa pasukan penyelamat belum lagi mendengar suara mangsa dalam terowong.



Selain tentera, pasukan saintis dihantar ke tapak kejadian untuk menganalisis punca kemalangan.



"Kejadian glasier pecah memang jarang berlaku. Imej satelit dan Google Earth tidak menunjukkan kewujudan tasik glasier yang berdekatan. Mungkin sebelum ini wujud bahagian yang mengandungi air di sini atau water pocket," ujar Penolong Profesor Dr Mohd Farooq Azam.



Water pocket sejenis tasik yang wujud dalam glasier dan boleh 'meletup'.



Aktivis alam persekitaran menyalahkan kerja pembinaan yang dijalankan di kawasan pergunungan sebagai punca kejadian itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >