Topic followed successfully
Go to BHkuGolkar digesa gugurkan calon presiden
Premium
Golkar digesa gugurkan calon presiden
Aburizal Bakrie dijangka sukar hadapi saingan Gabenor Jakarta, Joko Widodo
Mar 20, 2014 | 6:00 AM
Golkar digesa gugurkan calon presiden
PELUANG TIPIS: Pencalonan Encik Aburizal Bakrie (baju kuning), yang mewakili parti Golkar dalam pilihan raya presiden, mungkin ditarik balik kerana ada pemimpin parti tersebut yang menganggap beliau tidak dapat menyaingi calon PDI-P, Jokowi. - Foto AFP -
JAKARTA: Kepemimpinan parti Golongan Karya atau Golkar digesa menggugurkan pencalonan Ketua Umum parti itu, Encik Aburizal Bakrie, sebagai calon Presiden pada Pemilihan Umum 2014 (Pemilu 2014) untuk mengelakkan pertembungan sengit khususnya dengan Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) yang mencalonkan Gabenor Jakarta, Encik Joko Widodo (Jokowi).
Menurut seorang pemimpin kanan Golkar, Encik Zainal Bintang, Golkar harus menilai semula strategi mereka terutama dengan memberi perhatian pada aspek kerjasama dengan PDI-P.

