WINCHESTER, UNITED KINGDOM: Encik Mac baru berusia 25 tahun dan mungkin disifatkan terlalu muda untuk diberi keutamaan diberi vaksinasi Covid-19 di Britain.
Beliau bagaimanapun bimbang akan dijangkiti virus tersebut.
"Saya tidak mahu mati kerana Covid!" jelasnya ketika ditemui wartawan agensi berita.
Encik Mac hidup sebagai gelandangan di jalanan tanpa kediaman sendiri. Di sebalik usia mudanya itu, beliau layak diberi keutamaan dalam mendapatkan vaksinasi bagi memastikan golongan yang memerlukan juga dilindungi. Mereka termasuk golongan lebih muda dengan keadaan penyakit yang akut atau masalah pembelajaran.
Malah, pada April, Encik Mac ditawarkan mendapatkan suntikan vaksin pertamanya di sebuah rumah perlindungan di kota selatan Winchester yang sarat dengan masalah warga gelandangan menyusuli krisis kewangan sejagat 2008.
Golongan gelandangan seperti Encik Mac dibantu Dr Alex Fitzgerald-Barron yang menyifatkan mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan virus kerana terdedah pada masalah kesihatan mental, radang paru-paru, jangkitan mulut dan kulit serta hepatitis C. - AFP


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg