Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Google hargai P Ramlee

Mar 22, 2017 | 10:23 AM
PENGHARGAAN BUAT SEORANG SENIMAN: Google memaparkan 'doodle' atau coretan wajah seniman P. Ramlee sempena kelahirannya hari ini 88 tahun lalu. Sepanjang perjalanan seninya, P. Ramlee merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan komposer prolifik yang telah menyumbang lebih dari 60 karya filem dan menggubah sekitar 250 lagu. - Foto BERITA HARIAN
PENGHARGAAN BUAT SEORANG SENIMAN: Google memaparkan 'doodle' atau coretan wajah seniman P. Ramlee sempena kelahirannya hari ini 88 tahun lalu. Sepanjang perjalanan seninya, P. Ramlee merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan komposer prolifik yang telah menyumbang lebih dari 60 karya filem dan menggubah sekitar 250 lagu. - Foto BERITA HARIAN -

KUALA LUMPUR - Sebagai mengingati dan mengiktiraf sumbangan besar seniman P. Ramlee kepada dunia seni, Google hari inimengetengahkan 'doodle' atau coretan wajah biduan itu di laman cariannya.

Ia dilakukan sempena hari kelahiran Allahyarham pada 22 Mac 1929 - tepat 88 tahun lalu.

Pencapaian seniman P. Ramlee meninggalkan kesan mendalam kepada sejarah, budaya dan dunia hiburan Melayu yang dikagumi terutamanya di Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

P. Ramlee merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan komposer prolifik yang telah menyumbang lebih dari 60 karya filem dan menggubah sekitar 250 lagu.

Kebanyakan filem lakonan dan arahannya dijayakan di studio Jalan Ampas, yang dimiliki Malay Film Productions Ltd (MFP), di mana Shaw Brothers, yakni Runme Shaw dan Run Run Shaw bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhan studio ini.

MFP dibuka selepas tamat perang dunia pada 1945.

Selepas penutupan studio Jalan Ampas pada lewat 60an, arwah berhijrah ke Malaysia untuk meneruskan usaha seninya.

Laman berita Utusan Online melaporkan bahawa "selepas pemergian beliau pada tahun 1973, rakyat Malaysia meneruskan legasi secara memberi penghormatan dalam bentuk anugerah anumerta dengan menamakan dewan, muzium dan bangunan sempena beliau".

Menerusi coretan wajah P. Ramlee, Google "memaparkan beliau dalam imej yang paling diingati orang ramai, bermisai nipis, tampil segak dengan sut petak, dengan kepalanya sedikit lentok ke tepi", lapor Utusan Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg