Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Grace Fu, pegawai pemerintah, ahli akdemik dan aktivis wakili SG

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



GLASGOW: Singapura diwakili Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dalam rundingan COP26 di Glasgow, Scotland, yang bermula kelmarin. Delegasi Singapura termasuk pegawai pemerintah, pemimpin perniagaan, ahli akademik dan aktivis muda.



Rundingan itu mencakupi pelbagai topik, termasuk pasaran karbon, teknologi, pelepasan asap pengangkutan antarabangsa dan penggunaan tanah serta pertanian. Jurucakap Kementerian Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) berkata: "Delegasi Singapura akan menyumbang kepada aliran kerja yang ada dan bekerja dengan semua pihak ke arah hasil seimbang dan bercita-cita tinggi di COP26."



Beliau enggan mendedahkan saiz delegasi itu, tetapi berkata ia merangkumi wakil daripada MSE dan Agensi Sekitaran Kebangsaan dan Agensi Makanan Singapura serta Sekretariat Perubahan Iklim Kebangsaan, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Pembangunan Ekonomi, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Kementerian Ehwal Luar, Kementerian Perdagangan dan Perusahahaan serta Kementerian Pengangkutan.



Cik Fu akan menyampaikan Kenyataan Nasional Singapura minggu depan, menyelaras bersama rundingan peringkat menteri tentang pasaran karbon dan bertemu rakan sejawatan bagi perbincangan dua hala.



Pada 2015, hampir 200 negara melaksana Perjanjian Paris yang dilakar bagi mengehadkan pemanasan global tanpa cara ia boleh dicapai. Selepas tiga tahun berunding, negara-negara bersetuju pada 2018 untuk mengguna pakai Peraturan Paris - satu panduan tentang cara perjanjian itu boleh dilaksana - di COP24 di Poland. COP26 bertujuan memperincikan rundingan akhir tentang cara Perjanjian Paris boleh dilaksana. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >